Monday, October 27, 2014

PERWAKILAN USAH BUAT LAWAK , INI BUKAN MASANYA !

Tiang seri' negara bakal dibahas dalam AGM Umno



Umno sedang mengumpul pandangan daripada akar umbi berhubung perkara berkaitan 'tiang seri' negara seperti agama, kaum dan institusi diraja untuk dibahaskan pada perhimpunan agung parti itu bulan depan.
  
Naib Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pandangan berkenaan penting bagi mengelak perkara berkaitan 'tiang seri' negara menjadi polemik hingga mencetuskan perpecahan kaum di negara ini.
 
"Majlis Tertinggi Umno sudah putuskan saya memimpin Jawatankuasa Usul dan Jurucakap sempena Perhimpunan Agung Umno. Saya juga pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan Umno.
  
"Sehubungan itu, Umno menerusi jawatankuasa dan biro ini sedang mendapatkan pandangan daripada akar umbi mengenai perkara-perkara 'tiang seri' untuk dibawa dan dibahaskan ke Perhimpunan Agung parti," katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali Muafakat Johor di Kluang, hari ini.
  
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R Vidyanathan.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata pandangan daripada akar umbi amat penting bagi Umno dalam menyatakan pendirian parti itu berhubung perkara-perkara yang sering diperkatakan rakyat terutamanya Akta Hasutan.
 
Menurutnya mengambil kira pandangan akar umbi juga merupakan amalan tradisi Umno dan Barisan Nasional dalam menjaga kepentingan rakyat.
 
Konvensyen Umno Johor di Johor Baharu awal bulan depan juga akan dijadikan medium bagi mendapatkan maklum balas daripada akar umbi berhubung perkara berkenaan, katanya.
 
-Bernama 


Ulasan
Aku rasa jika menjadi kenyataan inilah kali pertama orang UMNO boleh bercakap terbuka tentang tiga unsur penting yang selama ini diperjuangkan. Kalau tidak orang UMNO macam terpaksa memendam, kerana nak jaga hati macam macam orang.

Hati orang UMNO hancur lebur. Cina, India sebebas bebasnya bercakap. Dah jadi macam orang Melayu pulak menumpang. Dalam masa yang sama, ini aku rasa pengiktirafan kepada DS Hishammuddin . Beliau dan teamnya dah berjaya mengubah cara pemilihan pada pemilihan yang lalu. Aku harap beliau berjaya jugak kali ini.

Aku jugak rasa ini penghormatan jugak diberi kepada akar umbi UMNO. Gunakan peluang ini sepenuhnya. Usah buat lawak bodoh masa ada peluang bercakap benda yang serius untuk agama, bangsa dan tanah air.


DAP, MCA, GERAKAN gunakan persidangan mereka untuk kukuhkan penguasaan, UMNO kena gunakan peluang ini setelah kita pasti PAS dan PKR tidak boleh kita harapkan.




7 comments:

Anonymous said...

Yang lepas lepas ada dua benda berlaku masa PAU. Pertama bodek Presiden, kedua buat lawak untuk jadi popular. Perjuangan? Palsu..

Anonymous said...

Saya harap ada perubahanlah. Melawak ada makna masalahnya org luoa mesej bawak balik lawak je.

Anonymous said...

Ini masa orang Melayu bercakap. Harap tidak ada sekatan. Bebaskan orang Melayu bersuara.

Anonymous said...

Dilema Melayu. Tanah air sendiri tapi macam menumpang

Anonymous said...

AKU PERCAYA PEMBAHAS AKAN AMBIL PELUANG INI. TAK PAYAHLAH NAK BERLAWAK SANGAT. KITA DAH ADA MAHARAJA LAWAK. INI PELUANG BESAR BAGI ORANG MELAYU.

Anonymous said...

Bravo Hisham. Lagi tanggungjawab besar diberikan. Tahniah.

Anonymous said...

PAU NI BENDA BESAQ TAPI UMNO PADA AKU TAK PERNAH MANFAATKAN. PERKARA YANG TIMBOI TAHUN LEPASPUN MASIH BELUM SELESAI. KALI NI KENA AMBIK PELUANGLAH. KALAU TIDAK ORANG KATA UMNO TAK RELEVAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...