Saturday, October 25, 2014

POLITIK ULAR ?


Hari ini dah 1 Muharram 1436. Beberapa hari saja lagi orang orang UMNO akan berkampung di Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2014. Kenyataannya selepas PAU 2013, tiada sebarang pencapaian hebat UMNO yang boleh dibanggakan.

Aku percaya UMNO kena benar benar bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum 14 yang dijangka akan berlangsung pada tahun 2018. Berbanding parti parti lain, yang aku rasa selamat hanya DAP kerana politik perkauman Cina. Yang lain bergantung kepada setakat mana parti itu bersedia.

Kali ini aku nak bercakap satu aspek saja. Inklusif seperti yang diwar warkan khasnya selepas PRU 12 yang menyaksikan UMNO hampir tumbang. Pemimpin UMNO kena berubah. Kalau pemimpin UMNO masih bertanjak, berlagak, aku tak rasa UMNO akan menang lebih besar.


Selepas pemilihan lalu, yang menyaksikan cabaran terbesar Datuk Seri Hishammuddin mempertahankan Naib Presiden, disusuli dengan keberkesanan beliau menangani MH370, aku dah jadi peminat beliau. Aku nampak DS Hishammuddin ini ada gaya tersendiri dalam berpolitik.

Kesediaan beliau turun bersama rakyat memang aku kagumi dan bila aku bersembang dengan rakan rakan, nampaknya ramai yang suka cara ini khasnya anak anak muda. Masa untuk dilihat ' berkuasa ' sebenar dah berlalu bahkan dah jadi punca penolakan rakyat.


Rakyat mahukan pemimpin yang mudah didekati, mesra. Kalau nak tunjuk lagak , gaya hebat, rakyat tak hormat pun. Aku rasa DS Najibpun ada kualiti ini.

Anwar Ibrahim memang ' mesra rakyat ', dan begitu kebanyakan pemimpin Pakatan khasnya DAP. Semua pemimpin kanan Pakatan boleh ditemui tanpa banyak syarat. Bila bila masa.

Maka ada pemimpin UMNO akan kata, " Kami pemimpin Kerajaan, ada prosedur yang nak kena ikut ". Aku setuju jugak tapi untuk pengetahuan prosedur itulah yang akan menghukum UMNO nanti.

Masa berubah. Cara berfikir manusia jugak bertukar. Kalau UMNO selesa dengan cara lama, aku bimbang UMNO akan jadi pembangkang. Pembangunan, kemudahan awam umumnya dah hampir selesai. Rakyat terbanyak tidak lagi berfikir mereka bergantung kepada UMNO.

Maka apa lagi yang UMNO miliki berbanding pembangkang? Tiada. Sebab itu pemimpin UMNO perlu sekurang kurang kelihatan seperti ular yang pada bila bila masa sanggup menyusur akar.

6 comments:

Anonymous said...

Bolehkah ? Aku rasa berat orang UMNO nak berubah. Pemimpin cawanganpun dah sombong.

Anonymous said...

Susah dah UMNO nak berubah. Dah selesa. Tunggu jer penolakan pengundi

Anonymous said...

Hisham kekal dengan caranya. Tapi hanya beliau tidak memadai. Seluruh pimpinan UMNO wajar berani berubah. Apa kurangnya jika merendah diri?

Anonymous said...

Kalau UMNO rajin ini masa yang baik untuk menawan pengundi. Malangnya UMNO memang tak rajin.

Anonymous said...

Masalah sebenar umno ni sikap pemimpin. memang akupun menyampah. tapi mak bapak aku pesan supaya setia kepada umno.

Anonymous said...

Lemah atau kuat UMNO memberi kesan kepada orang Melayu seluruhnya. Oleh yang demikian perlu UMNO berubah agar sesuai dengan kehendak pengundi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...