Saturday, September 20, 2014

TIADA KEBENCIAN !

Hishammuddin Ingatkan Jentera BN Jangan Tabur Politik Kebencian Ketika Berkempen

TUMPAT, 19 Sept – Jentera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor diingatkan tidak melakukan politik kebencian semasa berkempen.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perbuatan menanam kebencian dalam kalangan pengundi hanya akan memberi kesan buruk kepada penduduk setempat selepas pilihan raya kecil berakhir.
“Politik kebencian tidak membantu kerana yang buat pilihan pada akhirnya adalah pengundi. Jentera kempen akan pulang, bayangkan apa yang berlaku jika berlaku perpecahan.
“Tinggal beberapa hari sahaja lagi tempoh berkempen sebelum hari pengundian dan saya harap kempen berjalan dengan sihat,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 300 penduduk di Masjid Mukim Simpangan
di sini, hari ini.
DSC_2413editSLIDERHishammuddin yang juga Menteri Pertahanan turut melawat sekolah pondok Simpangan yang diasaskan calon BN, Mat Razi Mat Ail dan berjanji akan memberi sumbangan sebanyak RM50,000 untuk tujuan pembangunan sekolah itu.
Beliau turut memuji cara berkempen Mat Razi yang menggunakan pendekatan secara lembut dan tidak menyerang pihak lawan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.
“Bila tengok calon kita tenang (dalam menghadapi fitnah)… itu semangat yang kita nak tengok dalam pilihan raya kecil (ini). Cukup-cukuplah peperangan, pembunuhan (di negara luar). Ini cara orang Islam bawa diri masa kini.
“Jangan ingat apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil ini tak memberi kesan kepada dunia global yang kompleks ini,” kata Hishammuddin.
Semalam, Mat Razi dilaporkan kesal kerana PAS sentiasa menyerang peribadi beliau dan melempar fitnah terhadapnya dengan mendakwa kononnya beliau mempunyai kekasih gelap dan akan mendedahkan siapakah wanita itu.
Mengulas mengenai isu royalti yang dimainkan PAS dalam setiap ceramah, Hishammuddin berkata ia adalah taktik lapuk parti itu untuk meraih undi yang sekali gus dilihat cuba menanam kebencian kepada kerajaan pusat.
“Isu yang dibawa adalah lama, cuma dari sudut yang berbeza. Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dah meramalkan perkara ini akan dibangkit, sebab itu dia (PAS) pusing (isu royalti).
“Orang ramai bukan bodoh untuk terikut-ikut dengan helah pembangkang, (tetapi) orang ramai nak wakil yang boleh buat kerja,” kata Hishammuddin.
PRK pada 25 Sept ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi
Omar, 57, daripada BN akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.-MediaUMNO



9 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Adam Adli Dipenjara - Bukti UMNO BENCI anak muda!!

Tak perlu berdolak-dalik...

Politik tetap politik. Kuasa bukan segala2nya.... Tetapi kenapa pemimpin UMNO perlu takut dengan bayang2???

Adakah bila generasi tua UMNO mati, akan diganti dengan generasi datuk nenek UMNO???




Kekejaman pemimpin UMNO yang dilakukan kepada anak muda bukti jelas mereka membenci dan menghina anak muda dan takut dengan bayang2 sendiri!!!



Yang pasti, apabila pemimpin UMNO membuat sebarang hasutan dan kesalahan, mereka akan terlepas dan kalau didenda pun tidaklah setimpal...


Sumber berita

>>>> Klik Di Sini

Anonymous said...

Mmg kat kampung ramai dah kena jail. Hasut tidak liwat tidak. Zalim betul

Anonymous said...

Adam menghasut. Ini sebabnya. Kalau tak menghasut dia tak kena...mudah.

Anonymous said...

Bodoh! Ada berjuta anak muda hanya Adam yang kena

Anonymous said...

Tahniah Datuk Hisham. Kekalkan budaya UMNO. Bekerja dengan kasih sayang

Anonymous said...

Kita tak boleh menghalalkan jenayah. Adam didapati bersalah oleh mahkamah. Ini faktanya

Anonymous said...

Alhamdulillah. Suasana tenang di Pengkalan Kubor. Jentera UMNO nampaknya lebih tersusun

Anonymous said...

UMNO tak pernah berubah...walau apapun cabarannya..teruskan Hisham...

Anonymous said...

Yang menyemaikan benci Pakatan. Akhirnya depa membenci sesama depa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...