KOTA KINABALU 31 Okt - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini membuktikan siapsiaga ditahap tertinggi dalam mempertahankan negara selepas berjaya menembak tepat ke sasaran torpedo Black Shark di Perairan Laut Cina Selatan, pagi tadi.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan kepada media berkata, torpedo tersebut dilancarkan dari kapal selam KD Tun Razak ke sasaran permukaan iaiti sebuah feri penumpang yang telah diubahsuai bagi tujuan penembakan.
"Penembakan kali ini telah melakarkan sejarah, apabila buat julung kalinya kapal selam negara melaksanakan penembakan torpedo semenjak kapal selam pertama negara KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September 2009.
"Selain itu, penembakan ini merupakan penembakan yang julung kalinya bagi torpedo Black Shark semenjak diperkenalkan oleh syarikat pengeluar torpedo Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) dari Itali," katanya.
Hadir ketika pelancaran torpedo tersebut, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pertahanan Mohd Shahbudin Ibrahim, Panglima Armada, Laksamana Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli yang menyaksikannya dari platform pesawat EC 725, di Perairan Laut China Selatan.
Jelas kenyataan tersebut, kemasukan kapal selam dalam inventori TLDM bukan sahaja meningkatkan keupayaan Armada TLDM malah melengkapkan keupayaan peperangan tiga dimensi iaitu peperangan bawah permukaan, aras permukaan dan anti-udara.
"Kapal selam kelas SCORPENE merupakan antara kapal selam yang paling senyap di dunia dan amat sukar dikesan serta dijejaki pihak lawan. Ia bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter.
"KD TRZ dinamakan bersempena nama Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussien sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara," katanya.
7 comments:
Tahniah ATM di bawah pimpinan DS Hishammuddin. Pencapaian terbaik. Untuk keselamatan negara.
Canggih dan sofistikated. Harapan rakyat di atas bahu ATM
Esok lusa kita akan dengar apa kata macai dap. dia mesti kata ini wayang.
IMEJ ATM PERLU DIPERTAHAN.
Datuk Hisham makin meyakinkan sekarang. Banyak yang telah dilakukan..
Kekuatan ATM memberikan keyakinan kami keselamatan negara selamat dari ancaman.
Alahai chai sotong....ada kat sini...
Post a Comment