Ajal maut, jodoh pertemuan adalah urusan Allah Ta'ala. Namun usaha ikhtiar adalah hak yang Allah berikan kepada kita hambaNya. Aku setuju sangat jika benar Kementerian Pertahanan akan buat kajian menyeluruh terhadap kemalangan maut yang melibatkan sebuah kereta perisai semalam. Jika perlu ditukar, eloklah peralatan atau aset lama ini ditukar. Pertahanan adalah isu utama negara.
Berkaitan salah laku pulak aku rasa kajian terhadap modul latihan dan kaedah pemilihan jugak perlu dilakukan. Sampai masa aku rasa Datuk Seri Hishamuddin betul betul fokus perkara ini.
Nahas kereta perisai: Lembaga siasatan ditubuh- Keadaan kereta perisai yang terbalik hingga meragut nyawa dua anggota tentera dan dua lagi cedera parah. - Foto Sinar Harian oleh Ridauddin Dau
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan itu akan menumpukan kepada dua perkara iaitu kerosakan jentera dan kecuaian manusia.
"Laporan awal yang kita terima, kenderaan Sibmas yang bergerak secara konvoi itu mengalami kemalangan ketika menuruni Bukit Gantang.
"Kita akan menubuhkan satu lembaga siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut secepat mungkin," katanya dalam sidang akhbar sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Umno Batu Pahat di sini.
Menurutnya, siasatan itu penting bagi tujuan pembelian aset dan juga latihan untuk anggota tentera pada masa akan datang.
Dalam insiden pada 6.30 petang semalam, dua anggota tentera maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik.
Sarjan Bayong anak Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.
Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy anak Barlabas, menerima rawatan di hospital sama.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, kementeriannya menyokong tindakan Kementerian Luar yang akan menghantar Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail ke New Zealand untuk membantu siasatan berhubung kes dakwaan pecah rumah dan gangguan seksual.
Penghantaran pegawai terbabit penting bagi menjaga imej negara, katanya.
Katanya, keadilan perlu diberikan kepada kedua-dua belah pihak iaitu yang dituduh dan pihak yang menuduh.
Jelas Hishammuddin kerajaan tidak menyembunyikan apa-apa perkara dalam mengendalikan kes berkaitan seperti yang didakwa segelintir pihak.
Muhammad Rizalman, 38, bekas pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand dituduh melakukan pecah rumah dan gangguan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita 21 tahun pada 9 Mei lalu. - Bernama ( Sinar Harian )
9 comments:
Negara kita mampu. Jika penambahbaikan itu perlukan bajet besar saya rasa kita perlu keluarkan bajet tersebut
Pertahanan adalah asas sesebuh negara. Kepentingannya tak boleh dipertkai. Harap Datuk Hisham dapat fokus kepada keutamaan ini.
Datuk Hishamuddin juga kena jaga kebajikan anggota keluarga anggota yang gugur agar mereka dapat kehidupan yang baik. Ini Datuk Hishamuddin dah lakukan kepada MH370
Takziah. Semoga kaum keluarga yang tinggal tabah meneruskan kehidupan
Semua kita tahu DS Hishamuddin pernah berjanji untuk menjaga kebajikan anggota tentera dan keluarga mereka. Kita harap DS segerakan perhatian beliau.
Insyaallah. Saya juga berharap agar sesuatu dilakukan. Anak saya juga seorang pegawai tentera. Tentunya kita inginkan yang terbaik bukan sahaja kepada anak kita tapi semua pejuang tanahair.
MH370 buktikan Hishamuddin ada keupayaan luar biasa untuk laksanakan sssuatu. Kita tgk usaha beliau memperkasa ATM selepas ini
Kewajipan kerajaan antaranya ialah mempertahankan keselamatan rakyat
Jadikan segala dugaan sebagai pembelajaran
Post a Comment