Saturday, May 17, 2014

BEKAS PERDANA MENTERI KOREA TIDUR LENA, TETAPI...

Hishamuddin masih bekerja keras menyelesaikan kemelut MH 370.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia telah meluluskan fasa transisi yang memberi keutamaan terhadap pencarian di laut dalam bagi mengesan MH370 dan menggantung operasi mencari melalui udara dan permukaan laut.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kelulusan Kabinet itu diterima selepas beliau memberi taklimat kepada mereka tentang hasil Mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Menteri antara Malaysia, Australia dan China di Canberra minggu lepas.

"Saya beri taklimat kepada Kabinet Malaysia semalam tentang hasil mesyuarat berkenaan dan ia dibincangkan. Sekarang, saya mempunyai mandat untuk mengumumkan bahawa butiran lanjut tentang fasa transisi itu telah diluluskan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata fasa transisi itu menggarsikan tiga keutamaan. "Pertama, untuk menganalisis semula semua data bagi mengesahkan kawasan pencarian yang lebih tepat. Analisis ini akan dilakukan sekumpulan pakar bersama Inmarsat.

"Kedua, melakukan kaji selidik 'bathymetric' yang melibatkan pemetaan secara menyeluruh keadaan dasar laut dan ketiga, untuk menjalankan operasi mencari dengan mengenal pasti dan menggunakan kenderaan yang ditunda serta dalam air yang sesuai dengan keadaan rupa bumi," katanya. 

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata: "Kaji selidik bathymetric dan pencarian di laut dalam perlu dilakukan secara berterusan."  Katanya mesyuarat Kabinet juga bersetuju untuk mengadakan persidangan mingguan melalui telekonferensi antara wakil tiga negara terbabit bagi membincangkan perkembangan terkini tentang operasi mencari.

Mengenai pengeluaran data satelit mentah Inmarsat, Hishammuddin mengulangi kenyataan ketua Pusat Penyelasaran Agensi Bersama (JACC) Angus Houston bahawa data mentah itu tiidak berada di tangan MAS, Malaysia atau Australia.

"Oleh itu, sebarang maklumat yang perlu disahkan atau didedahkan, hanya boleh diumumkan oleh Inmarsat," katanya.

Hishammuddin berkata Kabinet juga bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Komunikasi, Penyelarasan dan Media Khas, yang akan diterajui Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Jawatankuasa ini akan memberi fokus terhadap tugas menyelaras dan meningkatkan keberkesanan komunikasi antara tiga negara terbabit, keluarga mereka yang menaiki pesawat MH370 dan pemegang kepentingan lain yang berkaitan.

"Ini adalah untuk memastikan maklumat dapat dikeluarkan tepat pada masanya dan telus, sejajar dengan usaha kami untuk menambah baik komunikasi berhubung kejadian ini," kata Hishammuddin. 

Sebelaum ini, Malaysia menubuhkan tiga jawatankuasa peringkat menteri iaitu Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Penggunaan Aset untuk menyelaras usaha mencari.

Hishammuddin berkata oleh kerana proses membincangkan perkara terperinci berkaitan operasi ini dijangka berterusan selama satu atau dua bulan lagi, maka Malaysia menempatkan satu pasukan khas di Canberra, yang turut dianggotai para wakil dari semua jawatankausa untuk mewakili negara ini dalam tempoh itu.

"Pasukan khas ini akan menyelaras semua aspek berkaitan operasi antara Malaysia dan Australia. Pasukan ini akan dianggotai pegawai kanan dari empat jawatankausa peringkat menteri berkenaan," katanya.

Menurut beliau Laksamana Pertama Hanafiah Hassan dan Kol Hassan Lokman akan mewakili Jawatankuasa Penggunaan Aset untuk membincangkan aspek berkaitan pemerolehan aset.

"Kapt Meor Mohamad Nor Badrishah daripada Jabatan Penerbangan Awam akan mewakili Jawatankuasa Teknikal untuk berbincang tentang analisis data mengenai perkara berkaitan penyiasatan, manakala Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia Datuk Zainal Abidin Ahmad akan mewakili Jawatankuasa Waris untuk berbincang tentang aspek berkaitan pengurusan waris.

"Dua pegawai daripada Jawatankuasa Komunikasi, Penyelarasan dan Media yang baru ditubuhkan, akan ditempatkan dalam pasukan hal ehwal media," katanya. - Bernama


Ulasan :-


1. Bukan semua orang mampu bercakap mengenai sesuatu yang amat teknikal sifatnya 

2. Kerajaan khasnya DS Hishamuddin Hussein tidak pernah berhenti berusaha mencari jawapan kepada misteri MH 370.
3. Usaha ini menyatukan Malaysia dengan negara luar dan yang menyaksikan rekod dan amat jarang berlaku.
4. Ini antara faktor mengapa aku tak setuju sangat sangat desakan supaya Menteri kita meletakkan jawatan.

15 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Teruskan usaha Datuk Seri. Biar manusia kutuk tapi Allah akan melihat usaha ini sebagai satu ibadah, insyaallah. Moga Allah rahmati Datuk Seri dan para petugas yang terlibat.

Anonymous said...

MH 370 telah jadi sejarah. Misterinya perlu dijawan untuk kegunaan di masa depan. Biar lambat tapi perlu diteruskan juga.

Anonymous said...

Datuk Hisham dah tunjukkan prestasi cemerlang dalam isu MH 370. Harap beliau fokus pemulihan UMNO jugak

Anonymous said...

MH 370 titik hitam dalam sejarah negara. Tapi ia buka sejarah baru dalam hubungan antarabangsa kita.Tahniah kpd Hishamuddin, bos lama aku !

Anonymous said...

Anon 9: 29,
Saya setuju sangat jika Datuk Hishamuddin memberi tumpuan lebih serius kepada UMNO sebab UMNO sedang bermasalah sekarang.

Unknown said...

Sebenarnya menguruskan krisis yang melibatkan banyak pihak adalah sesuatu yang rumit. Ia perlukan perancangan dan pengurusan bersepadu dan cekap. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Anonymous said...

Byk pengajaran dari peristiwa MH 370

Anonymous said...

Kementerian Pelajaran boleh mengambil peristiwa ini sebagai pengajaran. Buka kursus baru yang berkaiatan supaya kita boleh latih rakyat kita

Anonymous said...

Tak tau berapa lama lagi nak cari. Dah kering air mata !

Anonymous said...

Dulu ada desakan mintak DS Hishamuddin letak jawatan. Sekarang dah senyap dah. Agaknya pembangkangpun kagum dengan usaha Hishamuddin.

Anonymous said...

Usaha berterusan. Moga Alkah merahmati

Anonymous said...

Kerja sama antrabangsa yg luar buasa

Anonymous said...

Saya berharap agar Kerajaan dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan membuka lembaran baru dalam penerbangan Malaysia.

Anonymous said...

Orang Islam kena percaya pada Qadha dan Qadar

Anonymous said...

Hishamuudin tunjukkan diri sebenar dia dlm menangani tragedi ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...