Monday, May 5, 2014

URUT GUNA KONDOM !!


Sebahagian pelacur warga asing yang ditahan dalam operasi di sebuah pusat urut di Seri Petaling, Kuala Lumpur, malam semalam.
KUALA LUMPUR 4 Mei - Kegiatan satu sarang pelacuran yang berselindung di sebalik premis pusat urut dan refleksologi di Jalan Radin Bagus, Seri Petaling di sini, terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, malam tadi.
Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur itu, seramai 11 pelacur warga asing iaitu empat dari Vietnam dan baki­nya China, ditahan.
Kesemua mereka berusia 22 hingga 40 tahun. Turut ditahan dua penjaga premis lelaki berusia 32 dan 38 tahun.
Ketua Operasinya, Inspektor Effendi Yusof memberitahu, siasatan mendapati premis itu bukan sahaja menjalankan kegiatan maksiat malah beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.
“Pemiliknya mendakwa menjalankan kegiatan urut tetapi polis menemukan bukti daripada hasil penyamaran bahawa mereka menawarkan khidmat seks kepada pelanggan pada harga RM190 setiap sesi.
“Antaranya penemuan sejumlah kondom di dalam stor dan penawaran khidmat urutan badan ke badan pada harga RM110," katanya selepas serbuan.
Effendi memberitahu, kegiatan seks ditawarkan terus kepada pelanggan tetap dan dijalankan dalam 11 buah bilik kecil yang disediakan.

Ulasan :

Aku dengar dah beratus kali serbuan dibuat terhadap rumah urut dan pusat pelacuran ni. Dah beribu warga asing ditahan. Soalan aku ialah
1. Apa sebenarnya berlaku sehingga pusat seumpama ini tak habis habis ?
2. Warga Cina terutamanya, dibawak ke mana?
3. Operasi PATI Zahid Hamidi, adakah warga Cina dikecualikan?

Adakah warga Cina ini kebal atau adakah pengusaha ini kebal?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...