Friday, May 30, 2014

KITA BELUM JUMPA MH 370 TAPI KITA DAPAT BATU PERMATA !

Aku terkejut jugak. Masa sembang sembang selepas perjumpaan pagi tadi aku terkejut apabila ada seseorang yang mengeluarkan kenyataan yang pada pandangan aku luar biasa. Memang bunyi macam retorik, tapi buat apa orang kampung, askar pencen nak beretorik pulak !

Kami berbincang tentang MH 370. Bincang kedai kopi jer pun. Macam macam teori, macam macam andaian. Tiba tiba dia keluarkan kenyataan yang buat semua orang terdiam. Aku tak tau apa orang lain fikir tapi aku memang terpesona.

" KITA BELUM JUMPA KAPAL TERBANG TU, TAPI KITA DAH JUMPA INTAN PERMATA . DATUK HISHAMUDDIN TU MACAM INTAN PERMATA OO ! DULU AKU INGAT LEPAS NAJIB, HABISLAH KITA UMNO. RUPA NYA ADA LAGI PEMIMPIN MELAYU ".

Aku bercakap dalam hati, kalaulah aku baik dengan Hishamuddin, nak jer aku bawak pak cik ni berjumpa dia. Pengiktirafan yang aku tahu lahir daripada hati yang jujur. Dia kenal Hishamuddin daripada media dan Hishamuddin langsung tak kenal diapun.

Bila orang lain diam, aku usik dia. 
" Hai, macam ada apa apa je dengan Menteri ?"

" Tak de yob. Kita orang kampung. Tapi sayang benar rasanya kepada negara ni. Kita tak de nanti tak tau apa jadi anak cucu ".

Alamak ! Aku kata ini sudah jadi cerita besar. Ini bukan olok olok lagi. Harapan terhadap survival UMNO begitu tinggi. Pemimpin tak boleh sambil lewa. Hishamuddin aku rasa telah secara semulajadi, tidak terancang telah tampil dengan segala karisma, keikhlasan, kesungguhan sehingga rakyat meletakkan harapan tinggi terhadapnya. Episod MH 370 telah ditakdirkan mengangkat Hishamuddin walau beliau tidak pernah terfikirkannya.

Ini amanah besar. Aku tak tahu samada Hishamuddin, para pegawai dan penasihatnya sedar perkara ini...

Setakat ini Hishamuddin dapat menjaga imej keluarganya...

17 comments:

Anonymous said...

Orang kampung akupun pernah cakap benda ni. Ini bukan luar biasa. Orang dah suka Hishamuddin selepas dia usaha MH 370

Anonymous said...

Macai pakatan sakit hati baca ni. Tapi korang pegi masuk kampung, tanya apa pandangan orang kampung tentang Hishamuddin,terangkatlah!

Anonymous said...

Jangan ingat orang kampung tak tau apa. Depa menilai jugak !

Anonymous said...

Memang sebenarnya Hishamuddin berjaya laksanakan tanggungjawabnya dgn berkesan. Suka atau tidak inilah realitinya

Anonymous said...

Terkini Datuk Hisham ikrar akan teruskan pencarian. Insyaallah

Anonymous said...

DAP , NUAR BRAHIM TAK SUKA DENGAR BENDA MACAM INI. PADA MEREKA UMNO DAH NAK HANCUR. HISHAMUDDIN MUNCUL TIBA TIBA DENGAN GAYANYA YANG BARU

Anonymous said...

Begitulah takdir Tuhan. Hishamuddin menemui sentuhannya.

Anonymous said...

Aku tak kisah sangat siapa tapi Najib wajib melatih pelapis

Anonymous said...

Hanya org tua kampung saja masih percaya umno

Anonymous said...

Pemimpin zUmno jangan abai orang kampung yg beri peluang umno merintah

Anonymous said...

MH 370 adalah sebuah kisah duka rakyat Malaysia. Tapi di sebalik kedukaan itu ada hikmah yang tersembunyi.Penampilan luarbiasa pemimpin Melayu adalah salah satu daripadanya.

Anonymous said...

Presiden PAS sedang tenat. PAS sedang berpesta di Teluk Intan!

Anonymous said...

Apa yang berlaku amat menyedihkan kita. Hidup kena terus gak, jangan toleh belakang lagi. teruskan hidup

Anonymous said...

Kalau da jumpa permata tu, jagalah elok2. Bukan senang permata tu nak muncul

Anonymous said...

Pemimpin yang baik bersalin dari kepimpinan keluarga yang baik

Anonymous said...

Permata yang telah lama tersimpan akhirnya bersinar jugak...

Anonymous said...

aku dah lama tau ds hisham ni lebih++++++ baik dr kj... disebalik kejayaan seorang lelaki (suami) adalah disebabkan seorang perempuan (isteri).. isteri hisham tersangat COOL wlupun anak seorang bintang filem. semoga hisham terus maju++++++++. senyuman hisham memperlihatkan keikhlasan........ lov u hisham...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...