Tuesday, May 27, 2014

TERSILAP TEMBAK !!

Aku rasa ini gaya politik baru Hishamuddin. Beberapa kali dah percubaan mahu ' merosakkan ' reputasinya setelah agak mencanak naik selepas MH 370. Ada orang bimbang dengan prestasi Hishamuddin. Kali ini perangkap baru pulak dipasang. Baiknya Hishamuddin dah dapat membacanya...
SEPANG: Dakwaan mendapan tanah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) akan disiasat jururunding bebas yang dilantik iaitu Ikram Premier Consulting dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata jururunding bebas itu akan membuat pemantaun dalam masa terdekat dan akan membentangkan laporan kepada beliau.
“Lebih baik saya dan timbalan saya (Datuk Aziz Kaprawi) tidak pergi ke kawasan itu, nanti ramai yang menuding jari mengatakan ‘ada udang di sebalik batu’ (untuk melindungi) oleh itu kita lantik jururunding bebas tersebut,” katanya dalam sidang media selepas melawat KLIA2 di sini pada Isnin.
Hishammuddin berkata Ikram dan ICAO memang telah dilantik dari awal iaitu April lepas bagi mengkaji dan memberi cadangan penambahbaikan terhadap operasi keselamatan dan perkhidmatan di lapangan terbang tersebut.
Justeru itu, beliau memberi jaminan tiada risiko keselamatan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dan pihak Malaysia Aiport Berhad (MAHB) sentiasa bersiap sedia untuk menangani isu tersebut.
Baru-baru ini, laporan media memetik Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai berkata MAHB dan Kementerian Pengangkutan perlu bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah mendapan serta takungan air yang didakwa berlaku di landasan dan kawasan tempat letak pesawat di KLIA2.
Sementara itu, jumlah penumpang dikendalikan oleh KLIA2 sejak ia beroperasi pada 2 Mei lepas sudah melebihi 1 juta penumpang.
Purata aliran penumpang dalam sehari adalah kira-kira 60,000.- Sumber

12 comments:

Anonymous said...

DULU BOLEHLAH. SEKARANG KEADAAN DAH BERUBAH, HISHAM DAH TAK BOLEH DIPERDAYA.

Anonymous said...

Dah blh baca trick Pakatan. He..he..

Anonymous said...

Steady Sham, mampuslah pakatan!

Anonymous said...

Ini percubaan nak sabotaj. Siasat. Tak betul saman .

Anonymous said...

Banyak sangat tohmahanlah. Elok sanat dah tindakan DS Hishamuddin

Anonymous said...

Nanti dikata pulak badan bebas tu tak bebaa. Otak paria dan babi ramai

Anonymous said...

KLIA 2 adalah satu pencapaian. Dengkilah macai DAP

Anonymous said...

Cantik. Tak payah pegi. Biar badan bebas yg siasat. Umum hasil siasatan

Anonymous said...

mmg pembangkang panik dengan penampilan Hishamuddin. Merekapun tak sangka. Ini haangan besar bagi mereka

Anonymous said...

Semua pemimpin umno kena cerdik dah. Jangan terikut rentak pembangkang yang mmg berniat jahat

Anonymous said...

Sejak 2 MEI sampai sekarang, dah lebih sejuta oarang guna KLIA 2. Ini pencapaian hebat. Alhamdulillah.

Unknown said...

Pembangkang selalu minta badan bebasmenyiasat sesuatu perkara. Kali ini Hishamuddin dah tunaikan kehendak mereka. Kita tunggu, lepas ini apa pula mereka mahukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...