Thursday, May 15, 2014

GELAK KETAWA MALAM JUMAAT !

Malaysiakini Diberi Notis Tuntutan Saman Berhubung Laporan Berunsur Fitnah

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Penguambela dan Penguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini menghantar notis tuntutan saman kepada portal berita pembangkang, Malaysiakini, di atas penerbitan artikel yang berunsur fitnah yang bertajuk A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu.
Menurut wakil Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, peguambela Raihanah Ariffin, notis tuntutan saman tersebut telah dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini yang bertempat di Jalan Bangsar Utama  petang tadi.
najib-umno-saman-portal-mkini-malaysiakini-portal-pembangkang-fitnah-kes-mahkamah-peguam-terengganu-bn
“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anakguam kami dan telah diterbitkan di laman web tersebut bertarikh 14 Mei 2014 baru-baru ini.
“Biarpun pada awalnya wakil daripada portal berita tersebut berkeras tidak mahu menerima notis tersebut, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Kata Raihanah, notis tuntutan itu menuntut portal tersebut untuk membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akanmengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak, menyediakan akujanji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini.
“Segala tuntutan yang dibuat oleh anakguam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam dan sekiranya mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu  tersebut terhadap Malaysiakini,” jelasnya.
Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan juga Ketua Editor, Steven Gan kerana telah membenarkan artikel tersebut diterbitkan.-MediaUMNO
pejabat-portal-pembangkang-mkini-malaysiakini-fitnah-saman-rasis-diskriminasi-bias-anwar-pakatan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...