Wednesday, May 7, 2014

NYARIS DIROGOL, WANITA DIBELASAH SEJAM DALAM KERETA !!

Brickfields: Seorang wanita terpaksa bergelut dan ditumbuk berulang kali di dalam kereta hampir satu jam untuk mempertahankan kesucian dirinya daripada dinoda seorang lelaki tidak dikenalinya, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa berusia 32 tahun dikatakan sedang menunggu bas di perhentian berhampiran sebuah pasar raya sebelum dihampiri sebuah kereta Perodua Myvi.

Difahamkan, seorang lelaki memberhentikan kenderaan berkenaan tidak jauh dari tempat mangsa berdiri sebelum berpura-pura bertanyakan arah jalan.

                                                              Gambar hiasan

Katanya, suspek memandu kenderaannya menuju ke pusat bandar sambil memukul mangsa dengan menampar serta menumbuknya berulang kali di kepala.

“Suspek memberitahu kononnya dia sudah memerhatikan gerak-geri mangsa sejak sekian lama selain mengetahui rumah dan tempat kerja mangsa.
“Suspek memberhentikan kenderaannya di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli-belah di Kepong sebelum cuba memperkosa mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek juga mengugut akan memanggil 15 orang rakannya untuk merogol mangsa..
selain mendakwa kawasan Kepong adalah ‘jajahannya’.

“Suspek yang gagal membuka baju mangsa terus memandu kenderaannya meninggalkan lokasi terbabit sebelum meminta mangsa menyerahkan subang emas, rantai emas dan wang tunai RM1,500,” katanya.
Ulasan :
Dalam pada kita mendengar pelbagai tingkahlaku seksual bebas, kita agak lega bila mengetahui ada orang sanggup mati demi maruah. Cuma aku tertanya tanya, kenapa kita begitu terpisah sehingga ada orang sedang dalam bahaya tetapi tiada sesiapa menghulurkan bantuan.
Apapun benda ini patut jadi pengajaran kepada wanita lain. Ada ramai orang gila dalam negara kita.

1 comment:

Anonymous said...

Benarkah Malaysia dah tak selamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...