Tuesday, May 13, 2014

INGAT PESANAN NIH !!

Rapatkan barisan, hindari pertelingkahan dalam parti

KUALA LUMPUR 10 Mei - Ahli-ahli UMNO diseru merapatkan barisan dan menghindari sebarang pertelingkahan yang boleh membawa kerugian kepada parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, tindakan itu penting demi memastikan UMNO terus kukuh bagi menghadapi cabaran dalam perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

“Kita tidak boleh berhenti. Kita mesti melihat ke hadapan. Ahli-ahli UMNO mesti berpandangan jauh melangkaui sempadan pemikiran.
“UMNO mesti berubah. Contoh­nya, seperti mengubah Perlembagaan parti yang membuatkan UMNO lebih inklusif. Ini merupakan satu transformasi dalam UMNO yang menjadikan parti ini lebih terbuka berbanding parti politik lain di negara ini," katanya seperti dipetik daripada laporan UMNO Online hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menambah, pucuk pimpinan dan ahli-ahli UMNO juga perlu melihat kelemahan yang wujud di dalam parti serta memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Menurut Hishammuddin, sebagai tunjang Barisan Nasional (BN), UMNO mentadbir negara dalam situasi yang menuntut keyakinan dan tekad yang kuat untuk berjaya.

Katanya, sepanjang 68 tahun UMNO ditubuhkan, pelbagai ujian telah dilalui seperti pilihan raya umum yang getir, perhimpunan pembangkang yang cuba menghuru-harakan negara, tragedi Lahad Datu dan yang terbaru, isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
“Alhamdulillah, setakat ini UMNO berjaya melepasi ujian-ujian tersebut serta mampu untuk terus membawa obor perjuangan demi membela agama, bangsa dan negara," ujarnya.

Seperti yang tersiar dalam Mingguan Malaysia.


Ulasan.
Ini mesej DS Hishamuddin sempena ulang tahun UMNO ke 68 baru baru ini. Aku harap kawan kawan di Terengganu dapat memikirkannya.

9 comments:

Anonymous said...

Kalau semua boleh ikut pesanan ni, selamatlah.

Anonymous said...

Akar umbi bertungkus lumus. Pemimpin yang buat masalah.

Anonymous said...

Saya setuju dengan Datuk Hisham. Pemimpin dan ahli sama sama buat pembetulan

Anonymous said...

Apa yang telah berlaku tidak boleh diubah. Tapi kita boleh tentukan apa yang akan berlaku di masa depan. Ini saranan Datuk Seri Hishamuddin, pandang ke hadapan.

Anonymous said...

Pimpinan kena berubah !

Anonymous said...

MCA JANGAN SEBOK. PARTI SENDIRI TAK TERJAGA

Anonymous said...

Sekali sekala kena letak kepentingan peribadi di belakang.

Anonymous said...

Najib have to step down

Anonymous said...

Hisham kena lebih ke depan kot? Dok main di belakang je tak byk boleh tolong. C'mmon la bro..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...