Saturday, May 31, 2014

ORANG PAS TIDAK KISAH PRESIDEN MEREKA SAKIT !!


Peliklah jugak. Pemimpin PAS yang berada di tanahair cuba menggambarkan keadaan Haji Hadi agak serius sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Haji Hadi tiba tiba sesak nafas sewaktu bercuti di Turki.

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital Istanbul, sebentar tadi.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.

"Dr (Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.

"Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya.



Berita ini seakan akan ' tiada apa apa makna ' kepada ahli PAS. Mereka tetap berpesta membantu Lim Kit Siang di Teluk Intan.

Cuma yang aku kasihan sedikit ada aktivis PAS di Teluk Intan merayu undi dengan mengatakan bahawa mengundi DAP adalah wasiat Haji Hadi.

Seolah olah ada orang dalam PAS mahu Presiden mereka segera mati. Seolah olah Presiden mereka adalah orang tua yang tidak berguna lagi.

Tak taulah aku. Agaknya ini adalah peringatan Allah kepada Haji Hadi dan kita pun. Jangan perdagangkan Agama Allah, nanti Allah letakkan kita di lembah yang hina...na'uzubillah.



1 comment:

Anonymous said...

Parasit2 Anwar dlm PAS tidak suka Hadi, Jika Hadi mati bolehlah Mat Sabu naik dan menghancurkan PAS utk selama2nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...