Thursday, May 8, 2014

MENANGIS LIHAT GAMBAR BAYI YANG DIBUANG !!

Ampang: Seorang jurujual farmasi yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan membuang bayi yang dilahirkannya di dalam tandas di Taman Melawati di sini, Jumaat lalu menangis sebaik melihat gambar mayat anaknya ketika ditunjukkan polis mahkamah.
Dengan pengakuan remaja berusia 18 tahun itu, Majistret Noor Farah Hazwani Osman menetapkan 16 Julai ini untuk jatuh hukum dan mendapatkan laporan akhlaknya.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan membuang mayat bayi itu tanpa diketahui sama ada itu bayi mati selepas atau semasa dilahirkan.
Foto
TERTUDUH di Mahkamah Majistret, semalam.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu jam 4 petang pada 2 Mei lalu di tandas sebuah farmasi di Taman Melawati.
Ulasan :
Aku sebenarnya agak keliru apabila kes buang bayi ini berlaku berulang ulang. Orang buang bayi sebab mereka mengandung tanpa nikah, berzina ( Umumnya).
Kebanyakan kes melibatkan remaja, malangnya yang ramai Melayu. Tentulah bayi yang dibuang ini telah berumur sekurang kurangnya 6/7 bulan. Pada ketika itu perut si ibu sudah membesar.
Adakah remaja ini duduk dalam gua bersendirian sehingga tiada sesiapapun tahu bahawa dia mengandung? Jika ada yang tahu dia mengandung kenapa tiada pertolongan diberikan? Aku rasa sesuatu wajib dilakukan supaya perkara seperti ini tidak berulang, jika berlaku jugak bagaimana bantuan patut diberikan semua kes buang bayi ini tidak berlaku lagi...



2 comments:

Anonymous said...

Kembali kepada agama. Ibsyaallah selamat

Anonymous said...

Dah selalu sangat. Undang undang meski dikuatkuasakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...