Friday, May 23, 2014

IBRAHIM ALI TARBIYAH KHAIRY JAMALUDDIN DAN WAN BRO !!

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memuji Pemuda Umno Pulau Pinang kerana “berani bertindak balas” terhadap kenyataan ADUN DAP RSN Rayer yang menggelarkan pemimpin parti itu celaka.

Ibrahim, bekas exco pemuda Umno lebih 30 tahun lepas, berkata sejak dulu pergerakan itu tidak pernah memulakan provokasi terhadap mana-mana pihak.
“Tapi bila ada pihak 'menjual', maka Pemuda Umno wajib 'membeli nya'.

"Jika kita dimalukan atau dihina dulu,wajib kita kena malukan mereka juga,” katanya.

Semalam, sekumpulan orang berhimpun di depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan kepada Rayer.

Sebahagian mereka memasuki dewan persidangan secara marah-marah. Polis setakat ini menahan 12 orang bagi dirakamkan kenyataannya.

Ketua Menteri Lim Guan Eng pula hari ini membentangkan usul tergempar mengutuk insiden yang mencemarkan kemuliaan dewan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim menyalahkan DAP yang menurutnya “menghina, memfitnah dan bertindak luar batasan” tanpa rasa bersalah.

“Bila ada pihak bertindak balas, mereka tuduh macam-macam dan menjerit mcm orang gila. Gentlemen la," katanya.

“Kepala dalam pasir, punggung tertonggeng di luar. Sesiapa yang nampak punggung tertonggeng di luar, sepak saja. Tahniah Pemuda Umno Penang. PERKASA love you."


Ulasan-
Aku ada dengar ulasan Khairy tapi pada aku bukan layak Ketua Pemuda UMNOlah ulasan dia. Dia ulas laras Menteri.
Wan Bro yang sebelum ini kononnya pejuang aku rasa mengiringi Dr Zambry di Teluk Intan kot !

2 comments:

Anonymous said...

Pemuda UMNO dah keluarkan kenyataan mengecam Rayer.

Anonymous said...

PEMUDA UMNO LESU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...