Sunday, May 25, 2014

' LUBANG ' AHLI POLITIK INDONESIA DIPERIKSA !!

Jakarta: Prabowo Subianto dan calon naib presiden Hatta Rajasa semalam menghadiri sesi pemeriksaan kesihatan di Hospital Tentera Darat Gatot Subroto, di Pusat, sehari selepas Joko Widodo dan Jusuf Kalla melakukannya.
Menurut Prabowo, mereka menghabiskan masa selama 10 jam bagi menyiapkan prosedur ditetapkan.

Prabowo dan regunya, Hatta Rajasa, dilihat keluar dari hospital berkenaan kira-kira jam 4.40 petang (waktu tempatan) dengan memakai pakaian khas. Kata Prabowo, sepasukan doktor pakar menjalankan 14 jenis ujian ke atasnya serta Hatta.
“Ia ujian lengkap kerana semua bahagian tubuh dan psikologi diperiksa.

“Semua lubang sudah diperiksa,” katanya disambut ketawa oleh doktor dan pakar perubatan di situ. Bekas pegawai kanan tentera elit Indonesia itu berkata, mereka tidak diberikan sebarang waktu untuk berehat sepanjang tempoh pemeriksaan, kecuali untuk mengerjakan solat Jumaat serta makan tengah hari. Namun, dia menghargai tugas doktor terbabit kerana menunjukkan profesionalisme tinggi. “Kepakaran yang kita miliki di sini setanding dengan apa yang ada di peringkat dunia,” katanya. - Agensi

Ulasan
Kalau ini berlaku di Malaysia, mampuslah Kerajaan kena saman !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...