Thursday, May 15, 2014

MEMBACA KENYATAAN KETUA PEMUDA UMNO PERAK, AKU JADI TAKUT !!

Korang bacalah kenyataan Ketua Pemuda UMNO Perak ini. Aku terus terang cakap, sebenarnya kenyataan ini amat mengecewakan. Banyak AKAN sedangkan Pemuda DAP telah mulakan gerakan bersama Pemuda PAS dan PKR sejak PRU 12 lagi. Pemuda UMNO baru AKAN dan kemudiannya percaya akan menang !


KUALA LUMPUR 14 Mei – Pemuda UMNO Perak melihat majoriti yang dimenangi oleh DAP pada pilihan raya umum yang lalu di Teluk Intan bukanlah penghalang kepada pergerakan itu untuk sama-sama membantu jentera Barisan (BN) yang lain sebaliknya menganggap perkara itu sebagai cabaran.
Ketua-Pemuda-UMNO-BN-Perak-Hairul-Anwar-Mohamed-Noor
Ketuanya Hairul Anwar Mohamed Noor berkata perkara berkenaan adalah soal kedua sebaliknya apa yang penting hari ini adalah sama-sama berganding dengan Pemuda parti komponen yang lain dalam satu barisan untuk bergerak ke depan bagi menghadapi pilihan raya kecil Teluk Intan 31 Mei ini.
Menurut beliau atas nama BN, pergerakan itu bersepakat dan bertekad untuk bergerak bersama-sama dan insyaallah segala kempen yang bakal dilaksanakan nanti adalah secara menyeluruh.
“Sudah pasti sebagai sayap parti tentunya tumpuan kita adalah pengundi muda dan inilah yang akan kita tekankan. Di peringkat awal kita telah pun mendapat kerjasama yang cukup baik di kalangan rakan-rakan kita.
“Selepas ini pucuk pimpinan Pemuda akan mengemaskini segala gerak kerja dan kita di peringkat Pemuda Perak mahu pun di peringkat bahagian telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan pilihan raya kecil tersebut,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Teluk Intan ditetapkan pada 31 Mei, proses penamaan calon 19 Mei manakala pengundian awal pada 27 Mei ini.
Kerusi Parlimen Teluk Intan kosong ekoran kematian Seah Leong Peng, 48, pada 1 Mei lalu akibat penyakit barah di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Kuala Lumpur.
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13), Leong Peng yang mewakili DAP memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang kini Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam.
Hairul Anwar seterusnya menambah BN berpeluang untuk merampas balik kawasan berkenaan memandangkan parti itu pernah memenanginya selama dua penggal.
“Lagi pun dalam pilihan raya apa pun boleh jadi dan insyaallah kita akan tingkatkan usaha termasuklah menggunakan media baru sebagai salah satu kaedah sepanjang tempoh berkempen nanti,” ujarnya. -MediaUMNO
Maaf cakap, Pemuda UMNO belum mula apa apapun walaupun dah dua penggal Teluk Intan terlepas ke tangan pembangkang. Kalau ini mentaliti dan sikap Pemuda UMNO satu Malaysia mak bersedialah menjadi pembangkang selepas ini !

1 comment:

Anonymous said...

pemuda Umno setakat berseronok seronok je lah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...