Friday, May 9, 2014

RAHSIA HISHAMUDDIN HUSSEIN TERBONGKAR !!!

Sesuatu yang menjadi percakapan umum, bukan hanya dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa. Namanya tiba tiba melonjak, tanpa dirancang, seakan berlaku secara semulajadi.

Tragedi MH 370 amat menyedihkan, melukakan hati kita dan kita tidak akan berhenti berusaha dan berdoa untuk pengakhiran yang baik. Namun di sisi yang lain ia telah menampilkan seorang tokoh yang amat terampil di rostrum, tidak pernah goyang dan konsisten aras ketenangannya. 

Berdepan wartawan yang bukan sekadar bertanya untuk tahu, bahkan bertanya untuk menjatuh dan memperlekeh. Hishamuddin Hussein berada teguh, mantap mewakili kerajaan Malaysia.


Antara yang konsisten berusaha secara berterusan menyoal soalan soalan yang sinis bahkan merendah rendahkan ialah media yang amat rapat dengan pembangkang Malaysia, CNN. Artikel yang mereka siarkan berkaitan MH 370 amat jelas menggambarkan niat buruk mereka.

Sebuah media  Indonesia sempat menyiarkan rumusan CNN berkaitan perkara ini...Baca di sini...

Anwar Ibrahim dan konco konconya pada ketika itu seakan satu pasukan dengan CNN dalam menyerang kerajaan khasnya Hishamuddin. Tidak sedikitpun kita nampak sebarang tanda Hishamuddin terganggu dengan mainan CNN ini. 

Akhirnya kita dapat membongkar rahsia Hishamuddin...baca di sini
Larry King adalah salah seorang penggiat media paling terkenal di dunia dan ironinya Larry King pernah bersama CNN selama lebih 25 tahun. Untuk MH370,beliau telah menganggap CNN hilang intergriti.

Itupun aku rasa masih dapat dianggap pandangan rakyat biasa. Tetapi apabila CNN jadi bahan jenaka Presiden Barrack Obama, aku rasa CNN ini boleh dikategori sebagai media picisan sahaja.

Teruskan bacaan anda...Di sini...







Dan tonton jugak video Obama sindir CNN...


Maka, jika ada yang rasa hairan melihat kemampuan luarbiasa Hishamuddin menghadapi media khasnya CNN, kita tahu sekarang betapa Hishamuddin memang dah kenal siapa dan apa CNN sebenarnya...




23 comments:

Anonymous said...

WELL DONE BRO.

Anonymous said...

Terkejut aku baca tajuk ini..apa la hang !

Anonymous said...

Benar. Dari awal dah nampak niat jahat CNN. Malang nya ada yang menyokong dalam negara kita. Aku memang respek Hishamuddin dalam kes ini

Anonymous said...

Tabek Hisham. Tak dapat diperangkap CNN

Unknown said...

Selamanya tak pernah berubah. CNN sentiasa negatif dengan Kerajaan kita. Condong sangat kepada pembangkang. Sikap Datuk Seri Hishamuddin ini adalah satu bentuk penentangan terhadap mereka.

Anonymous said...

Ini antara hikmah mengaji di negeri orang puteh. Tricks mereka dapat dikesan awal.

Anonymous said...

CNN selalu rasa dia sahaja yang bagus, betul. Sekarang boss besar mengamuk pulak dah !!

Anonymous said...

Pemimpin kita sekarangpun dah setahap pemimpin lain.

Anonymous said...

CNN tak dihormati di negara sendiri. Tidak dipercayai. Tidak ada sebab untuk kita mempercayainya

Anonymous said...

Kalau Obamapun perli CNN maknanya lekehlah CNN. Pakatan jer rujuk sangat

Unknown said...

Datuk Hishamuddin pemimpin pelapis. Pemimpin dan ahli UMNO harus berjiwa besar. Nytakan sokongan secara terbuka agar kita tidak membiarkan perebutan. UMNO akan luntur kerana perebutan melampau.

Anonymous said...

Kita negara dan rakyat merdeka. Apa yang dilakukan adalah untuk negara kita. Jangan hiraukan sebarang gangguan dan tohmahan. Allah tolong kita.

Anonymous said...

Obamapun pernah hargai usaha kita khasnya Hishamuddin. Pembangkang biasalah...

Anonymous said...

Media kita jugak perlu aktif melawan propaganda barat.

Anonymous said...

CNN- Ejen Yahudi !

Anonymous said...

Orang hebat.... Hisham tahu dia bekerja untuk rakyat & negara... beliau tak gentar sebab beliau tahu beliau di pihak yang benar

Anonymous said...

Alahai.... Anwar ni macam da nyanyuk je aku tengok...hati tu da busuk sangat...

Anonymous said...

Anwar ni mcm sampah je.so, hanya sampah sarap mcm dia je yang boleh layan auta dia.. Hisham pun faham, buang masa je layan dieorang ni

Anonymous said...

Yes! Tak malu la Malaysia sebab Hisham jadi wakil negara dalam hal ni

Anonymous said...

Syabas Bro Hisham

Anonymous said...

Hahahaha...paling best CNN kena sindir dengan Obama tu... Hishamuddin boleh senyum lebar

Anonymous said...

Hishamuddin akan terus maju kehadapan. Sapa yang masih dok pandang cerita2 lama dipersilakan. Tak da masa nak layan

Anonymous said...

Aku tetap percaya & yakin dgn kebolehan Hishamuddin ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...