Tuesday, May 6, 2014

WEII !! INI MAT SALEH CARI PASALLAH !


Wartawan atau penulis yang hebat lazimnya menulis selepas lakukan kajian terperinci. Sebab hasil penulisan itu pasti akan jadi sejarah, samada sejarah yang baik atau sebaliknya. Kalau menulis ikut hati perut maka jadilah macam Mat Saleh ni..Korang baca ni...

William Pesek ni perasan macam kita hidup pada tahun 70'an di mana mereka menulis tentang orang Melayu dan Tanah Melayu ikut sedap tangan. Tak dan berapa hari, William Pesek dah kena tazkirah...korang baca pulak di sini

Statement awal A. Jalil Ali dah merupakan satu tamparan...
MH370 CRISIS: They have overlooked the fact that the disaster is unprecedented in civil aviation history.

Kalau A. Jalil Ali ( Datuk ), wartawan biasa aku tak heranlah. Tapi dengan kedudukannya, aku rasa William Pesek pun demam membaca jawapan beliau.

                                                               William Pesek
Di sebalik segala perkataan yang tercatat dalam artikel beliau, Pesek sebenarnya mahu memaksa pembaca untuk berfikir bahawa adalah wajar bagi Najib Razak dan Hishamuddin Hussein untuk meletakkan jawatan sebagai pertanggungjawaban. Kawan aku telah mengulas perkara ini...

Aku nak patah balik ke belakang, sebab asas aku ialah ' keturunan, genetik' mempunyai kesan besar terhadap personaliti seseorang walaupun ia bukan faktor mutlak.
Datuk Onn Jaafar, pengasas dan pemimpin terawal UMNO yang jugak datuk kepada Hishamuddin Hussein, pernah mencatat sejarah kerana tiga kali meninggalkan puncak kerana prinsip.

Datuk Onn Jaafar pernah meletakkan jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah, sebagai Menteri Besar Johor dan sebagai Presiden UMNO. Ketiga tiga jawatan ini menjanjikan segalanya, kedudukan, nama, kuasa dan pengaruh.
                                           Datuk Onn Jaafar

Maka, aku percaya Hishamuddin jugak tidak ghairah dengan segala kemilau kedudukan sebaliknya sewaktu ' berdiri di hadapan dunia yang mengharap dan menanti ' , Hishamuddin hanyalah Pemangku Menteri Pengangkutan yang pada bila bila masa boleh melepaskan baton kepada para pegawai, Ketua Setiausaha Kementerian dan sebagainya.

Sebaliknya Hishamuddin memilih untuk berada di barisan paling hadapan,maruah dan nama baik Kerajaan dan MAS di atas bahunya. Beliau memilih untuk memeluk keluarga MH370 yang marah dan sedih, duduk di KLIA dan menangis bersama mereka.

Beliau menjanjikan usaha ikhtiar sehingga kaum keluarga dan rakyat akhirnya pulang dengan kesimpulan betapa Hishamuddin Hussein telah berikan segalanya bersama kerajaan untuk menjawab segala keresahan, kesedihan dan rasa kehilangan.

William Pesek aku yakin turut sedar dan jelas, bahawa dunia sedang menghargai dan berasa kagum dengan pemimpin Melayu bernama Hishamuddin Hussein ini walau sekuat manapun usaha untuk memburukkannya...


29 comments:

Anonymous said...

Salam bro, angkat Hishamuddin nampak. Ada apa apa ke bro?

Unknown said...

Salam saudara, saya dapati peristiwa MH 370 telah meningkatkan patriotisme rakyat. Sekarang kita sedar, bahawa ramai rakyat kasih kepada tanahair tercinta ini

Anonymous said...

Sebenarnya kita tak bincang pasal Hishamuddin. Kita fokus MH 370, tapi kemudiannya ada orang bimbang Hishamuddin begitu menonjol bukan sahaja dalam negara tapi di peringkat antarabangsa. Saya yakin Hishamuddin sendiri tak pernah fikir diri dia sebab kalau kita perhati dia dok sentiasa sebut 'PM'.

Anonymous said...

Sekarang ni paradigma kita mesti berubah. Kalau kita ditohmah, jawab. Jangan biarkan tohmahan dipercayai benar. Ini tak baik bagi negara kita

Anonymous said...

Weii Luncai, jawablah Anon 7.05 tu.

Anonymous said...

Pesek ni kontroversi. Dia cipta nama dengan mencari kelemahan orang lain.Semakin banyak orang silap semakin melonjak dia. Jadi apa nak kita herankan, kepala otak Yahudi.

Anonymous said...

Datuk Hishamuddin orang lama. Aku rasa setakat kritikan penulis macam Pesek tu tak bagi bekas pada dia.

Anonymous said...

Kenapa Pesek tak mintak PM Australia letak jawatan. Beliau adalah tokoh penting dalam operasi MH370.

Anonymous said...

Seorang penyelam meninggal dunia dalam operasi menyelamat feri karam di Korea. Nak tanya Pesek sape patut letak jawatan sekarang

Anonymous said...

Kalau aku Yob, aku abai jer benda kecik macam ni. Usaha datuk Hidham dan para pegawainya jauh lebih besar

Unknown said...

Tidak mustahil pemimpin Melayu jadi dominan di persada dunia. Tun Mahathir pernah membuktikannya. Sekarang kita bagi sokongan kepada Hishamuddin, saya dapat lihat potensinya.

Anonymous said...

Lepas PRU 12, UMNO nacam kekurangan tokoh. Politik dalaman parti memburukkan keadaan. Kebetulan Mh 370 menyerlahkan kebolehan Hishamuddin yang sebelum ini kita tak nampak. Sebagai orang UMNO ini masa terbaik untuk kita bersatu nyatakan dengan jelas sokongan kita.

Anonymous said...

SEMASA SAYA MULA MENYERTAI UMNO TAHUN 80'AN DULU JIKA ADA PERISTIWA BESAR DALAM NEGARA,KETUA CAWANGAN, KETUA PEMUDA DAN WANITA AKAN DIPANGGIL. KAMI DIBERI TAKLIMAT, PENJELASAN.BANGGA KAMI PADA MASA ITU SEBAB RASA DILIBATKAN BERSAMA. SEKARANG UMNO DAH JADI PARTI BEKU. PERJUMPAAN HANYA BERLAKU DALAM PERHIMPUNAN SETAHUN SEKALI. ORANG MASUK UMNO NAK CARI PELUANG EKONOMI.PEMIMPIN PARTI KHASNYA KETUA PENERANGAN PERLU LEBIH PRO AKTIF. KERJA LEBIH SIKIT. RASA BANGGA JADI PEMIMPIN UMNO PENTING UNTUK KUATKAN BALIK SEMANGAT UMNO.

Anonymous said...

Baca kenyataan di sebelah gambar Dato' Onn Jaafar " Kita hendaklah menggesek biola dengan kuat akan lagu gesekan kita, jangan sampai orang lain menggesek dan kita hanya menari sahaja menurut lagu gesekannya".
Sangat mendalam, sangat bermakna untuk kita renungi.

Anonymous said...

MH370 masih misteri. Pakar seluruh dunia mengakuinya. Pesek seorang yang dok pertikai, dia siapa?

Anonymous said...

Khianat dengki mmg sifat Yahudi. Nampak Islam nak menonjol dia orang nak sabotaj.

Anonymous said...

Apa Pesek tulis tak penting. Yg penting apa kita fikir.

Anonymous said...

Biar org tulis apapun. Yg penting kaum keluarga faham apa berlaku dan hargai usaha kerjaan

Anonymous said...

Ini pengalaman antarabangsa yg bermakna untuk kerajaan kita termasuk berdepan org seperti Pesek.Saya rasa dah ramai yang tolak pandangannya

Anonymous said...

Salam,
Saya punya pendirian mudah. Macam dulu, Barat sentiasa negatif dengan orang Melayu. Tapi orang Melayu wajib buktikan kemampuan, ini yang Hishamuddin dah berjaya lakukan.

Anonymous said...

William Pesek makan gaji. Apa yang tulis mungkin berasaskan arahan tertentu. Malaysia memang sejak dulu tak begitu digemari barat sebab lantang dan kurang bergantung. Jadi kena banggalah kita, sebab kita disegani sebenarnya.

Anonymous said...

Manusia ni ada nasanya. Ini maaa Hishamuddin. Rakyat pakat sokong supaya kita punya pemimpin yang kuat. Jgn terpengaruh jika ada pihak nak jatuhkan

Anonymous said...

Setiap muaibah pasti ada hikmah. Sabar, terus berusaha dan yakin pertolongan Allah.

Anonymous said...

Kalau aku , lanyak je org puteh ni. Dia nak tunjuk hebat.

Anonymous said...

Kalau kita layan penilaian negatif pihak lain kita buang masa

Anonymous said...

Saya percaya MH 370 berikan kita banyak pengajaran. Kita perlu perbaiki kekurangan dan dalam masa yang sama memberi sikongan bulat kpd pemimpin kita

Anonymous said...

Mentaliti barat tak pernah berubah. Mereka terkejut dengan kemampuan pemimpin Melayu seperti Hishamuddin

Anonymous said...

DATOK ONN JAAFAR TOKOH TERBILANG UMAT MELAYU

Anonymous said...

Masa yang baik untuk bina imej baru negara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...