Sunday, November 14, 2010

400000,40000 ATAU 4000 AHLI ?

" WALAUPUN SEEKOR, PKR TETAP KUDA YANG BERMAKNA KEPADA DAP "


IA TETAP TIDAK BERMAKNA KEPADA UMNO.

Inilah hakikat yang mesti UMNO sedari. Tidak kira berapa ahli PKR, DAP atau PAS yang nyata ia tidak akan memberi sebarang kesan kepada UMNO.

Justeru, aku suka nak mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO khasnya pimpinan Pemuda dan Puteri yang senyap sunyi selepas Perhimpunan Agung UMNO. Usah berasa HEBAT apabila menyedari ahli PKR amat sedikit.

Aku nak tanya korang, berapa ahli DAP ? Berapa cawangan yang DAP ada ? Siapa siapapun tak tahu. Tapi DAP telah memimpin PAS dan PKR merampas 5 negeri dalam PRU 12.

Di Selangor dan Perak, DAP tak bukak cawangan pun di banyak kawasan. Beruas kawasan Melayu tapi DAP menang. Apa pengajarannya ? UMNO ada berjuta ahli , APA MAKNANYA ?

Maknanya biar ramai ahli dan ramai mengundi kita. Cari pengundi kita walaupun dia bukan ahli kita.

CUMA PKR tetap wajib DIBUBARKAN kerana sama seperti PAS, walaupun ahlinya sedikit tetapi ia tetap merupakan KUDA YANG GAGAH BAGI DAP.

UMNO jangan sebuk melayan seronok menonton sandiwara PKR. Cari pengundi seramai mungkin. Pastikan mereka mengundi kita. Kalaulah boleh aku bertanya kepada PEMUDA DAN PUTERI , SELEPAS BERKOBAR KOBAR DALAM PERSIDANGAN UMNO , DAH BERAPA RAMAI PENGUNDI BARU
KORANG DAFTAR ?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...