Thursday, November 11, 2010

KONFLIK ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA SANDIWARA ANWAR


NUAR BRAHIM SEDANG BERSIAP SEDIA UNTUK LARI
BERSAMA AZMIN

Ini berita yang baru aku terima. Konflik, krisis dan kekacauan yang dicetuskan oleh Zaid Ibrahim dalam PKR sebenarnya adalah satu plot yang dirancang oleh Nuar Brahim sendiri.

Laporan mendalam dan menyeluruh media membantu menjadikan konflik ini seakan akan benar benar berlaku.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, perancangan ini hanya diketahui oleh Nuar Brahim sendiri, Azmin Ali dan Zaid Ibrahim.

Zaid akan merangsang ahli dan pemimpin peringkat negeri PKR untuk akhirnya bangkit meminta Nuar dan Azmin berundur. Nuar Brahim telah memberikan ' petanda '. Katanya dia akan berundur hanya SEKIRANYA AHLI SELURUHNYA MEMINTANYA UNTUK BERUNDUR.

Aku difahamkan kemungkinan Karpal Singh akan menarik diri daripada pasukan pembelaan Nuar Brahim setelah tanda tanda akan kalah mula kelihatan.

Kita tunggulah. Aku jangka tak lama lagi Nuar Brahim akan lari ke luar negara. Nuar tak akan membenarkan perbicaraannya berlangsung di hadapan rakyat.

Nuar akan kata keselamatannya terancam. Akan ada negara memberikan ' suaka politik '. Nuar akan tinggalkan negara, isteri dan anak anak serta penyokong setia yang sebenarnya AKAN KEKAL DALAM KEADAAN KELIRU DAN TERTIPU.

1 comment:

Anonymous said...

apa benar, nangis niky aziz oooo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...