Sunday, November 21, 2010

DRS KHALIL IDHAM LIM LUPA DIRI

" TANPA USTAZAH..SIAPALAH DRS KHALIL IDHAM LIM..."


MENAFIKAN PERANAN NOR AINAH BT AHMAD MEMENANGKAN DIRINYA

Aku langsung tak ada minat dengan ADUN Titi Serong ni. Dia menjenguk tebuk dan parit pun jarang jarang sangat. Sebagai Wakil Rakyat dia gagal. Dia pun barangkali tak tahu fungsi dia sebagai Wakil Rakyat.

Yang dilakukannya dengan ghairah ialah menjelajah ke serata tempat berceramah memenuhi ' nafsunya ' membangkang. Memanglah dia Ketua Penerangan PAS tapi apa yang diterangkannya ? Tak ada.

Dia adalah penabur baja benci. Baja bendang orang kampung dia tak pernah fikir. Kalau petani tanam padi angin, dia kata ini sabotaj UMNO kepada petani.

Dia ni langsung tak masuk dalam fikiran aku sehinggalah dia mengkritik Rosmah sebagai ' pengacau kerajaan '.

Kejayaan suami ialah kerana ada isteri yang memberikan sokongan. Bentuk sokongan tu pelbagailah. Macam yang Ustazah Nor Ainah Ahmad buat semasa kempen pilihanraya 2008.

Betapa Ustazah sanggup menggunakan ' KEBANJARANNYA' demi suami tersayang. Walaupun Haji Hadi kata ini assabiah tapi ianya halal sebab yang lakukannya adalah DRS KAHLIL IDHAM LIM.

Jadi jangan lupa diri. Jika tidak kerana DARAH BANJAR USTAZAH, Drs ni takkan menang. Kerana isteri juga. PENGACAUKE USTAZAH NI ?

Lepas ni jika YB ni cakap lepas aku nak tunjukkan satu satu bagaimana
' MENGACAUNYA USTAZAH DALAM POLITIK YB '. Tunggulah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...