Tuesday, November 23, 2010

KEJAMNYA KERAJAAN UMNO/BN

" Mereka memang ada kekurangan tetapi mereka tetap manusia yang tak terlepas dari keperihatinan UMNO "- Gambar hiasan


MEMBIAYAI PEMBEDAHAN JANTUNG ANAK SINDROM DOWN

Hari ini aku guna tajuk PAS/PKR dan DAP. Kerajaan UMNO/BN kejam ni di mulut diaorang sepanjang tahun. Dia orang mana ada bahan nak bantai kerajaan. Tak ada.

Dia orang kena reka, cari dan tabur fitnah. Sebab itu sampai mati pun dia orang tak akan berjaya memerintah negara Islam Progresif macam Malaysia ni. ALLAH tak akan izinkan.

Sepanjang pagi ini aku di sebuah klinik swasta. Sementara aku menunggu isteri mendapat rawatan, datang sepasang suami isteri dengan seorang anak sindrom down. Aktif sangat tak sama macam anak senasib dengannya.

Bila aku bercakap dengan ayahnya, aku diberitahu anaknya berumur 5 tahun tapi badan dan perangai macam budak 2 tahun.
Katanya dulu anaknya tak aktif. Kemudian KERAJAAN HANTAR BUDAK INI BUAT PEMBEDAHAN JANTUNG DENGAN KOS 90 RIBU.

AKU USIK DIA, "BAGUS JUGA KERAJAAN PAKATAN NI YE! " MELOMPAT BAPAK BUDAK NI. KATANYA " JANGAN HARAP, ANAK SAYA DITANGGUNG KERAJAAN BARISAN. SAMPAI SEKARANG NI SEMUA KERAJAAN TANGGUNG".

Aku tak komen apapun. Tapi korang bayangkan , betapa prihatinnya kerajaan. Anak yang belum menyumbang apa apa tetap dijaga kerana ia manusia.

Jadi aku bagitau bapak budak ni, kalau ada peluang bercakap, bercakaplah agar orang sedar betapa bertuahnya kita kerana dilahirkan di Malaysia yang diperintah oleh UMNO/BN.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...