Thursday, November 18, 2010

JIKA SUARA KITA DIDENGAR

ROMBAKAN KABINET BAKAL MELONJAKKAN UMNO

Aku saja saja nak tumpang seronok mendengar dan membincangkan isu rombakan kabinet yang entah jadi entah tak jadi. Perkara ini betul betul hak mutlak DS Najib , PM Malaysia.

Pada aku bukanlah penting sangat siapa yang menjadi menteri. Lebih penting daripada itu ialah bagaimana menteri itu menjayakan HASRAT DAN CITA CITA KERAJAAN MELALUI KEMENTERIAN YANG DIPIMPINNYA.

PENTING JUGA MENTERI ITU MENGHAYATI, MENGIKUTI STAIL DAN CARAGAYA KEPIMPINAN DS NAJIB YANG SANGAT ' MERAKYAT SIFATNYA '.

KEBERKESANAN MENTERI MEMIMPIN DAN MELAKSANAKAN FUNGSI KEMENTERIANNYA AKAN MEMBERI KESAN LANGSUNG KEPADA UMNO/BN DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.

Bayangkan Kementerian Dalam Negeri . Sehingga sekarang aku rasa tak berkesan langsung menangani isu isu penting negara. Kalau orang Melayu, cepat je ambil tindakan. Namewee dah jadi macam raja. Kebal dan tak boleh disentuh. Ini bukan pandangan aku sahaja, tetapi ini pandangan akar umbi.

Bayangkan pula Kementerian Pengajian Tinggi - Macam macam program pembangkang di universiti sehingga terhasut mahasiswa. Tak ada tindakan pun. Ceramah mengangkat martabat Nuar Brahim di UITM Dungun baru baru ini berjalan lancar, meracuni pemikiran pelajar.

Bayangkan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Kementerian yang sangat rapat dengan rakyat. Kementerian ini seolah olah bekerja bagi pihak peniaga. Kerjanya umumkan kenaikan harga barang. Atau kalau hebat sangat pun setakat beri amaran demi amaran.

Aku sekadar beri contoh. Banyak lagi. Aku nak gambarkan betapa sangat penting fungsi dan peranan kementerian diperhebatkan, demi rakyat yang didahulukan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...