Saturday, November 6, 2010

FAKTOR KEMENANGAN BN


AHMAD MASLAN TIDAK SEBUT 2 FAKTOR UTAMA

Aku membaca pandangan Ahmad Maslan melalui PAPA GOMO. Aku bersetuju kepada Ahmad Maslan. Cuma aku nak menambah dua lagi faktor yang amat penting, yang menjadi faktor kemerosotan UMNO/BN dalam PRU 12.

1. UMNO sangat solid. Samada di Galas mahupun di Batu Sapi. Walaupun ada beberapa orang ' berharap' menjadi calon, namun selepas calon sebenar dinamakan semua orang akur. Tidak berlaku sabotaj. Semua ahli dan pemimpin parti bekerja untuk memenangkan calon yang diputuskan.

Walaupun di Batu Sapi UMNO tidak bertanding tetapi pemimpin dan ahli UMNO bekerja seolah olah calon sendiri yang bertanding. Di Galas dan di Batu Sapi tiada uangkapan ' sepatutnya aku yang terpilih'.

Aku dapati sikap pengundi Cina bergantung kepada ' kuat atau lemahnya UMNO. Sekiranya UMNO kuat pengundi Cina akan pergi kepada UMNO/BN begitulah sebaliknya.

2. Faktor kedua ialah ' mesra rakyat ' khasnya pengundi. Ini juga antara faktor kekalahan UMNO. Selama ini UMNO kelihatan terpisah dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. UMNO kelihatan ELIT dan rakyat menjadi GETIK.

Di Galas UMNO telah berubah. UMNO telah menjadi sebahagian daripada rakyat. UMNO telah merasai denyut nadi rakyat.
Rakyat selesa mengadu. Raktyat bahagia berbincang.

Sekiranya kesemua ini dijaga mulai sekarang sehingga PRU 13, Insyaallah kita akan menang besar selepas ini.

1 comment:

MROZI said...

aku setuju benar dengan komen luncai.....umno perlu elakkan 'cah keting' dan juga lebih 'mesra rakyat' jangan tunjuk 'elit'....org kampung benci jika kita menunjuk nunjuk dengan ke'elitan'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...