Monday, November 22, 2010

PEMUDA UMNO MEMALUKAN

BERTINDAK TANPA BERFIKIR ATAU BERFIKIR TAPI TAK DETAIL

Aku kadangkala bersetuju orang berdemonstrasi. Ini adalah kaedah memprotes paling mudah dan cepat sampai protes tersebut. Tetapi apabila Pemuda UMNO P Pinang berdemonstrasi di Komtar sebagai tanda sokongan kepada ISA dan menentang sebarang usaha memansuhkannya, aku fikir ia adalah ' satu kemalangan' kepada Pemuda UMNO.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu bentuk akta yang amat penting bagi mencegah dan menghalang sebarang kegiatan subversif seperti komunis daripada mengancam keamanan negara. Sebarang usaha memansuhkannya wajib dihalang secara bersungguh sungguh dan kolektif.

Ini kerja Pemuda UMNO Malaysia. Bukan Pemuda UMNO PP walaupun forum memansuhkannya dibuat di PP. PP jadi tuanrumah kerana mereka yang kelihatan cuba menghidupkan kembali komunisme.

Mana Khairy Jamaluddin ? Ini kerja dia. Ini tanggungjawab Ketua Pemuda Malaysia. ISA isu nasional bukan isu negeri.

Kemudian jangan jatuhkan maruah UMNO dengan menganjurkan demonstrasi disertai 50 orang. Mana lagi berjuta Pemuda UMNO.Masa kempen pemilihan parti boleh pulak kumpul orang.

Ini kerja menentang KOMUNIS. Kerja besar yang korang buat ni. Jangan buat malu.

Paling koman ialah apabila dicabar naik ke pentas tak ada sorangpun berani. Inilah masanya. Nyatakan sebab mengapa ISA mesti diteruskan. Suarakan pandangan Pemuda UMNO. Bukan lari macam tikus.

Aku nak nasihat Pemuda, jangan takut berhujah. Bukan ada hakim nak bagi markah. Bukan ada juri nak kritik. Cakap walaupun gabra. 10 kali korang naik ke pentas, korang akan jadi mantap.

Sekarang DAP akan kata Pemuda tak ada ilmu, bacul. Buat malu MELAYU je.

Lain kali rancanglah betul betul. Korang bakal pemimpin negara.Jangan buat kerja sekerat sekerat sebab korang mengaku PEMUDA UMNO. Atau lain kali jangan babitkan nama UMNO sama sekali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...