Sunday, November 21, 2010

DINAR DAN DIRHAM..

" INI ORANG ANA MAHU JUAL 10 DIRHAM. ENTE MAHU BELI KA ?


DIBUAT BERASASKAN FILEM P RAMLEE

Dr Dzulkefly Ahmad ni kalau dinilai berasaskan kelulusannya , memang tinggilah.Tapi setakat ini tak ada benda cerdik yang beliau timbulkan baik dalam Parlimen mahupun di pentas pentas ceramah.

Benar sangatlah pesanan Rasullullah betapa amat penting kita memilih kawan sebab dengan siapa kita berkawan akan menentukan pemikiran, perbuatan dan percakapan kita.

Dr Dzulkefly ni kawan dia PAS dan PKR. Jadi korang boleh bayangkanlah.Terkini dia kata Kerajaan pusat dengki dan prejudis terhadap Kerajaan Kelantan sehingga menolak penggunaan wang dinar.

Biarlah aku bagitau korang. Kerajaan PAS Kelantan buat duit dinar dan dirham sebagai cenderamata. Adalah kilang yang mengeluarkan duit tu tapi nilainya amat tinggi dan ' bukan mampu milik '.

Perniagaan adalah satu proses yang berkesinambungan. Duit tidak berada dalam tangan satu pihak dan MATI. Duit bergerak tanpa henti di pasaran. Memang ia boleh digunakan tetapi selepas satu 'perubahan menyeluruh dan sistematik dibuat '.

Usahlah kata Kerajaan Pusat dengki. Aku pun boleh pergi tempah dua tiga keping, kemudian simpan dalam almari di rumah. Macam yang kerajaan PAS Kelantan buat. Itulah sebenarnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...