Tuesday, November 2, 2010

ZAMAN KEBANGKITAN ISLAM SEBENAR

DULU ISLAM LAIN, PROTONLAH..SEKARANG?

NAIKNYA DI KELANTAN, TURUN JUGA DI KELANTAN

Antara perkara yang amat ditekankan oleh Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO ialah agar umat Melayu Islam menjadikan Islam sebenar sebagai addin atau cara hidup. Tun sedar jika ini berlaku, pasti Umat Melayu Islam akan jadi umat terbaik dalam kalangan umat manusia seperti yang ALLAH janjikan.

Malangnya PAS telah memesongkan aqidah, pemahaman dan penghayatan Islam ini kepada Islam yang PAS perkenalkan berdasarkan perspektif politik sempit mereka. Islam sebenar mahu umatnya bersatu, PAS mengajak kepada perpecahan.

Islam sebenar melatih berbaik sangka, PAS melatih dan ahli berfikir secara negatif. Islam sebenar mengajak kepada berkasih sayang, PAS menyemai perasaan benci.

Islam melarang taksub dan pemujaan, PAS menyediakan dan membina tokoh untuk dipuja oleh pengikutnya.

Islam menjadi lemah dan terbelah belah. Percayalah kepada aku, kalau seseorang mula menjadi pengikut PAS, maka cara berfikirnya automatik berubah. Pasti. Semuanya menjadi negatif dan dilihat dari sudut politik.

Bagaimanapun aku nampak sejak akhir akhir ini khasnya pada kempen PRK DUN Galas keadaan jadi berbeza. Aku pergi ke Galas. Aku berjumpa rakyat. Rakyat menilai sendiri dengan berani.

Dulu kalau Nik Aziz, orang tak berani langsung nak kritik. Pengkritik Nik Aziz dikatakan pernah mengembek seumur hidup. Ada orang kata Nik Aziz keramat. Tapi sekarang berbeza.

Pergilah ke Galas. Hampir 60% orang yang aku jumpa mengata Nik Aziz. Tak buat apa pun. Bila bercakap di mana pun mengata UMNO. Dia tak buat apa.

Yang orang terkilan sangat ialah ' KEMEWAHAN MELAMPAU' anak menantu Nik Aziz. Dulu kata ZUHUD. Tak pilih dunia. Sekarang Nik Aziz sendiri berbanglo, berkereta besar.

Pemimpin PAS semua kaya raya. Rakyat tengok ni. Di Galas dulu, pemimpin PAS tak pernah datang langsung. Sekarang datang pagi petang.

Ini maksud aku kebangkitan Islam. Orang berani menilai secara jujur.Dulu sebut PAS semua betul. Sebut Nik Aziz tak berani angkat muka pun.

Sekarang, alhamdulillah. Sebut PAS semua berani kata ia adalah parti. Bukan parti Islam pun, Parti penipu. Syukurlah tak terlambat nampaknya umat Melayu untuk kembali ke pangkal jalan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...