Wednesday, November 17, 2010

NEGARA KITA DIANUGERAHI KEMAKMURAN

" TAKUTLAH KEPADA ALLAH YANG MELIHAT SEHINGGA KE DALAM
HATI DAN JIWA KITA "


DAP , PAS DAN PKR SELAMANYA PEMBOHONG BESAR

Kalau hati busuk, sarat dengan dengki khianat, penuh dendam kesumat maka apabila bercakap kita akan bercakap tentang perkara buruk mengenai orang yang kita tak setuju.

Aku tak heran kalau DAP mengekalkan sikap ini walaupun dia cuba membaca Al Quran. Walaupun diberi jolokan Umar Abd Aziz, namun dia tetap tidak termasuk dalam golongan yang ALLAH rahmati sehinggalah dia beragama Islam.

Jangan harap dia akan menghayati ' makna korban 'kerana penghayatan ini mesti bersalut iman.

Sebab itu aku hari ini nak menyeru diri aku, saudara saudara aku yang seagama, mari kita hayati korban ini dalam konteks melihat ke dalam diri kita masing masing. Mari kita muhasabah, adakah selama ini kita melihat sesuatu berasaskan kebenaran atau berpandukan kepentingan peribadi kita.

Mengakui kebenaran yang tidak menguntungkan kita adalah pengorbanan yang besar.

Selama ini misalnya PAS dan PKR bila bercakap tak pernah menghargai kerajaan. Kalau bercakap seolah olah bangsat dan merempat sangat rakyat kerana kekejaman kerajaan.

Korbankan sikit jiwa nak kuasa tu. Bila kita ada kuasa belum tentu kita lebih baik daripada orang lain.

Hari ini di kampung aku je, 28 ekor lembu/kerbau dijadikan korban. Mengapa ?

1. Kita ingin melakukan sesuatu yang ALLAH tuntut dengan harapan kita akan mendapat redha dan kasih sayang ALLAH.

2. Kita mampu untuk melakukannya. Kita ada pendapatan. Kita ada lebihan pendapatan yang boleh kita kongsi dengan orang lain.

Negara kita makmur. Kerajaan yang ada telah menyediakan segalanya untuk kita mencari rezki. Korbankanlah sifat buruk yang terbit dari hati yang rosak ini.

Bercakap memang sedap. Tapi jangan lupa, kita kena menjawab nanti di Mahkamah Rabbul Jalil. Jangan fikir dengan cuba kelihatan ' lebih Islam ' maka kita sesungguhnya lebih Islam daripada orang lain.

ALLAH maha mengetahui termasuk apa yang ada dalam hati kita.

Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...