Sunday, November 7, 2010

DAP SABOTAJ PAS DI GALAS

" DAP BERJAYA KALAHKAN PAS DAN PKR "


USAHAKAN PAS KALAH SUPAYA MORAL PAS SEMAKIN RENDAH

Akupun mulanya tak terfikir. Bila aku malam tadi bersembang dengan salah seorang pengundi luar DUN Galas, aku nampak logik sangat pandangan dia.

" Ana selama ini mengundi atas agama. Ana dan kawan kawan percaya undi PAS tu undi agama. Tapi balik baru ni ana terpukul sungguh. Ana tak baca suratkhabar, ana tak percaya PAS gabung dengan DAP.

Baru ni bila balik ana nampak sungguh, PAS dah kena jajah dengan DAP. Anta bayangkan masuk kampung yang tak ada Cina DAP yang ceramah. Orang kampung malu, marah benar.

Yang paling kecil hati bila puak ni bagi duit minyak. Ini ana tak boleh tahan. DIA BAYAR PERJUANGAN ANA SEKELUARGA 200 RINGGIT JE . ANAK ANA YANG DARJAH ENAM BAGITAU ANA , TAK USAH AMBIK ABAH, RASUAH. ANA TAMBAH SEDIH BILA ADA SUARA SUARA KATA WANG INI SUMBANGAN DAP, MALU ANA "

Aku terkedu bila ustaz ni cakap begitu. Memang ada logiknya. DAP tidak bekerja merayu undi dalam kalangan masyarakat Cina. Pergi berceramah dan masuk ke dalam masyarakat Melayu.

Mereka nak PAS kalah. Begitu juga di Batu Sapi. PKR tumbang. Jadi mudah selepas ini mereka ' MENUNJUKKAN KUASA DALAM PAKATAN'. Mereka menjadi kuasa utama. DAP DAH BERJAYA RUNTUHKAN EGO PAS DAN PKR. SELEPAS INI PASTI PAS DAN PKR AKAN MENJADI PENGIKUT. PENGIKUT YANG LEMAH.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...