Monday, November 1, 2010

SATU PERSATU PETUNJUK DATANG

" SEBENARNYA TIDAK SUSAH TIPU ORANG MELAYU "

PERISTIWA SITI BALQIS SEPENTING PRK GALAS DAN BATU SAPI

Nampaknya ia sekadar menjadi bahan berita. Ia tidak jadi fokus walaupun kesan peristiwa ini mempunyai makna yang amat besar dalam kita membicarakan pembinaan negara bangsa seperti yang selalu disebut oleh PM kita DS Najib Razak.

Aku jadi bimbang apabila orang kita percaya sangat benda pelik, halus dan khurafat. Sekarang ni Pusat Rawatan yang menggunakan nama Islam bercambah tumbuh. Malangnya orang percaya.

Penyakit yang dirawat semuanya jenis yang tak boleh nak buktikan. Sihir, gangguan makhluk halus, jin dan lain lain. Aku jangka kebayakan pusat ini dikendalikan oleh aktivis PAS. Ini cara dia orang kempen.

Ia dah jadi fenomena pulak dalam masyarakat. Sebab itu bila timbul kisah ' gadis ghaib ' maka gadis ini jadi tumpuan. Ustaz ustaz paling ramai datang. Berpuluh jin ditangkap. Ada dikurung dalam botol, ada dibuang ke laut.

Satu ketika Siti dikatakan dilarikan jin berbulu ke Gunung Jerai. Tiba tiba kena tangkap rumah kawan dia di Nilai Negeri Sembilan. Dia cerita dia orang kaya tapi dah kematian ibu bapa.

Kesimpulannya Siti dah tipu orang satu Malaysia. Ustaz yang dok mengubat dia juga dah menipu kita kerana kata dah tangkap jin padahal jinnya tak ada.

Pengajarannya :-

1. Kita mudah kena tipu kerana kita tak nak berfikir

2. Orang yang nampak alim, belum tentu baik. Kadang kadang menipu juga.

3. Orang yang nampak alim pun senang tertipu kerana malas atau tak mahu berfikir.

1. Kesimpulan aku :- Bangsa akan runtuh kerana kita tak berfikir. Kalau ada je jalan mudah kita akan guna walaupun kesannya buruk. Inilah kaedah yang digunakan oleh pembangkang di Malaysia. Tipu rakyat untuk kepentingan sendiri.

2. Peristiwa Siti Balqis ini mesti diperbesarkan supaya rakyat tidak lagi mengambil jalan singkat, percaya buta tuli. Rakyat mesti dipaksa berfikir atau hiduplah dalam keadaan hina sampai bila bila.


2 comments:

udanggalah said...

Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini. Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.

Maaf Pak Luncai aku cuma nak bergurau...Aku petik sedikit antara seruan pengamal sihir,sesungguhnya sihir masih menjadi sebahagian dari kehidupan sesetengah masyarakat melayu...

Apakah mereka tak sedar tentang kesesatan yang dilakukan?.

Anonymous said...

HA HA HA
Aku setuju!!!! Lebih hebat lagi beratus org datang ke rumah nak tengok jin tu. Melayu memang mudah kene tipu pasal bende macam ni.
yg aku hairan nye, ustaz ustaz tu siap sembahyang!!! sembahyang pun boleh tipu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...