Thursday, November 25, 2010

SELAMAT PULANG NIK AZIZ

" SELEPAS RASULLULLAH TIADA LAGI MANUSIA MAKSUM "


KEMBALI SIHAT SELEPAS SELESAI MUSIM HAJI.

Satu masa entah macam mana aku boleh' terhadir' dalam satu majlis meraikan jemaah haji di Padang Rengas. Majlis ini dianjurkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas iaitu Nazri Aziz.

Dalam ucapan Nazri, beliau mengatakan bahawa kalau nak tau apa makna AURA pergilah ke Mekah. Bila kita pijak TANAH SUCI ada satu perasaan akan muncul. Katanya, tidak ada perkataan dapat menerangkan perasaan ini.

Masa dia cakap tu , dia nampak sebak je. Aku tahu Nazri ni dah pegi buat haji bawak mak dia. Cuma dia tak lah hebat macam Nik Aziz, pergi Mekah jadi bahan politik dia. Pergi pulak dengan Sultan.

Aku bimbang, ( harap harap tidaklah ), Nik Aziz terkesan dengan aura ini. Atau ALLAH nak bagi dia warning. Jangan cakap sebarangan. Jangan keluar fatwa untuk undi. Jangan jatuh hukum ikut hati sendiri.

Agaknyalah. ALLAH nak ingatkan , bukan pada Nik Aziz je. Kita semua termasuk aku. Syurga neraka HAK ALLAH. JANGAN PANDAI PANDAI NAK OFFER KAT ORANG UNTUK MENANG PILIHANRAYA.

Mungkin juga ALLAH nak ingatkan Nik Aziz , pintu taubat sentiasa terbuka. Jangan fikir diri tu sempurna. Semua betul. Yang salah orang lain. Usah tafsir Al Quran ikut untung rugi.

Walaupun nampak macam Nik Aziz je terhukum tapi ini untuk kita semua termasuklah aku. Islam agama rahmat dan kasih sayang. Bukan suruh berkelahi sesama sendiri.

Tambah pulak dah dekat nak ke Mekah bertengkar lagi sesama Islam. Patutnya pergi kosong kosonglah. Jangan pulak berniat nak ke Mekah untuk doakan kemudaratan kepada saudara seagama pulak . Tak boleh begitu.

Apa pun kita tunggulah kenyataan Nik Aziz sehari dua ni. Cuma aku teringat pulak masa dengar ceramah Nik Aziz di Hulu Selangor. Dia sendiri bagitau aku, baru balik buat umrah. Uzur sangat katanya.

Macam ' ADA ALAHAN PULAK NIK AZIZ DENGAN TANAH SUCI YE ?"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...