Saturday, November 6, 2010

DEEPAVALI MERIAH NEGARA MAKMUR

" DI MALAYSIA SEMUA RAKYAT AKAN CAPAI APA YANG DIUSAHAKAN "

TIDAK BENAR MASYARAKAT INDIA TERPINGGIR.

Semalam aku bercuti di Parit Buntar. Sehari. Awal pagi lagi aku keluar ke Pekan Lama Parit Buntar. Aku duduk di hadapan Restoran Halimah Firdaus menunggu kawan kira kira 20 minit.

Dalam tempoh itu aku kira ada 12 keluarga India bergambar di Kedai Gambar bersebelahan Restoran itu. Daripada 12 keluarga itu hanya satu keluarga sahaja yang menaiki Proton Wira.

Selain daripada datang dengan Camry, Mercedes, Perdana dan macam macam kereta mewah lagi.

Semasa aku bersekolah rendah, aku ada kawan bernama Helen Margaret. Ayah dia hantar setiap pagi dengan Datsun 120 Y. Masa itu ayah Helen adalah orang kaya di tempat aku.

Apa maknanya aku ceritaperkara ini . Aku nak gambarkan orang India ramai dah kaya, dah senang. Ini kesan ' keadilan sosial dan ekonomi ' yang pemimpin kita perjuangkan.

Jangan ada orang mendakwa kaum India terpinggir. Dakwaan mereka salah dan berniat jahat. Memanglah ada di sana sini orang India susah. Orang Melayu pun sama. Cina pun serupa.

Umumnya Orang India di Malaysia lebih selesa daripada kebayakan orang India di negara India sendiri. Aku harap orang India sedar ini dan bersyukur.

Sama sama kita pertahankan kemakmuran ini. Dan kita kongsi kemakmuran ini bersama. Demi anak cucu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...