Tuesday, August 26, 2014

MUKTAMAD ! HAJI HADI , HARUN DIN UNDUR DIRI

Macam yang aku pernah kata, akhirnya Haji Hadi akan mengundur diri daripada memimpin PAS. Tapi beliau tak keseorangan sebaliknya akan bersama Dr Harun Din dan beberapa orang ulama dalam PAS.

Sesuatu yang gagal difahami oleh ramai orang ialah wujud perbezaan di antara aktivis PAS yang terdidik dalam jamaah berbanding aktivis yang terjun masuk selepas 1998.

Aku yang tak menyokong PAS pun tak selesa apabila wujud penentangan terbuka terhadap pimpinan ulama ini. Pertamanya adab Melayu Islam menghormati orang alim. Kelihatan tidak beradab jika penentangan dibuat atas sebab mungkar, menyokong nafsu serakah Anwar Ibrahim.

Aku tak fikir Haji Hadi dapat menerima ' kebiadaban' walaupun aku dengar beliau tidak menolak perbezaan. Aku setuju golongan ulama ini keluar supaya Anwarinas akan tahu mereka tiada apa apapun sebenarnya.

Hanifa Maidin, Khalid Samad lupa, mereka naik bukan kerana batang tubuh mereka tetapi kerana mereka berada dalam PAS. Dalam masa yang sama marilah kita sama sama muhasabah, mungkin ada peringatan Allah terhadap kita, termasuk akupun.

Aku tak bimbang PAS hancur tapi aku  bimbang Melayu menang sorak kampung tergadai !


2 comments:

Anonymous said...

parti khawarij, wahabi, syiah, liberal ni, pupus lg baik, ada pun mecah belah umat je.

Anonymous said...

Berdoasa besar kalau mereka keluar parti dgn tinggalkan legasi umat islam yg berpecah belah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...