Saturday, August 23, 2014

UMNO KENA FAHAM ..


Masa aku tengok Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Rengas baru baru ini, aku dapati ramai perwakilan menimbulkan rasa tidak senang apabila Kerajaan menghapuskan ISA, Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Orang UMNO nampaknya semacam ada kepercayaan bahawa ISA adalah senjata Kerajaan khasnya dalam mempertahankan apa yang dipertahankan oleh Perlembagaan Negara. PERSEPSINYA begitu.

Sewaktu menggulung, Ketua Bahagian Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan bahawa walaupun ISA telah tiada tetapi diwujudkan Akta baru iaitu SOSMA.
( Akta Kesalahan Keselamatan- Langkah Langkah Khas 2012 ) yang diluluskan di Parlimen pada 17 April 2012. Akta baru ini dikatakan lebih adil kepada sesiapa sahaja.

Aku rasa Kerajaan gagal memahami perasaan orang UMNO.
1. Apabila ISA ditiadakan, orang UMNO berasa kerajaan telah tunduk 
   kepada desakan pembangkang
2. Sejak ditiadakan ISA, hakikatnya penghinaan terhadap orang Melayu,             Agama Islam dan Institusi Raja berlaku secara luarbiasa dan orang
    tidak lagi berasa gerun.
3. Setakat ini orang UMNO berasa bahawa yang dikenakan tindakan undang
    undang hanya orang Melayu manakala yang lain bebas lepas.

Inilah perasaan Orang UMNO. Ini isu PERASAAN bukan pemikiran. Aku bimbang perasaan ini akan bertukar menjadi kepercayaan bahawa Kerajaan UMNO adalah kerajaan yang tidak berkuasa, lemah dan takut.

Bila orang UMNO kecewa dengan Kerajaan UMNO maka apa yang nak diharapkan pada PRU 14 ?

Antara pembahas

Apa yang orang UMNO inginkan bukan penjelasan, pencerahan. Orang UMNOpun aku rasa bukanlah begitu jahil untuk memahami perkembangan semasa. Yang orang UMNO mahu ialah kerajaan yang telah mereka menangkan ini melaksanakan undang undang dengan berani, pertahankan Perlembagaan dan kandungannya tanpa sebarang ketakutan.

Inilah antara kejayaan terbesar Tun Mahathir, menjadikan orang UMNO berasa bangga dan dihargai !

4 comments:

Anonymous said...

Pemimpin UMNO jangan sombong !

Anonymous said...

UMNO buatlah kajian. Baru tau apa yang sebenarnya orabg UMNO mahukan

Anonymous said...

Org melayu makin lama makin kecewa dengan umno

Anonymous said...

UMNO HANYA TINGGAI GAH JA, LAIN TAK DAK APA DAH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...