Monday, October 25, 2010

HAJI HADI KECAM NIK AZIZ DI SABAH

" INI SULIT TAU, JANGAN SAMPAI NIK AJIS TAU PULAK "

HADI LEPAS GERAM DI SABAH, JEJASKAN KEMPEN PAS DI GALAS

Korang kenalke Haji Hadi. TUAN GURU DATUK SERI HAJI HADI BIN AWANG. Puak ni dulu satu masa pernah ceramah bagitau penyokong dia orang bahawa gelaran datuk, datuk seri, dan lain lain adalah ' fitnah dunia' yang menjejaskan taqwa. Itu dulu. Tapi bila ada peluang tak sempat siang pakat bahagi bahagikan gelaran sesama sendiri.

Dia orang ni sejak bertuankan Nuar Brahim sama je putar belitnya. Cakap pagi lain, cakap petang lain. Dalam cerah lain dalam gelap lain pulak.

Tapi bukan ini isu yang nak aku ketengahkan. Yang aku nak cerita Haji Hadi sekarang dah berani ' perli ' Mursyidul Am diaorang. Memang kita tahu Haji Hadi sentiasa rasa ' kecik hati' dengan Nik Aziz. Maklumlah Presiden , cakap pagi ' A ', malamnya Nik Aziz kata ' B '. Macam mana orang nak respek Hadi ni.

Semalam Hadi ' sudah hantam' Nik Aziz cukup cukup. Dah tentulah dia jadikan BN sebagai alat. Tapi dia tak cakap di Semenanjung. Dia bercakap di Sandakan , Sabah.

Dia kata BN tak boleh ambil hak rakyat Sabah dan Sarawak selagi kebajikan rakyat tak selesai. Perumahan rakyat , bekalan air bersih untuk rakyat, pelajaran dan lain lain.

Korang tahu apa sebenarnya niat Haji Hadi ? Dia sabotaj PAS di Galas. Masalah utama di Galas ialah perumahan dan bekalan air bersih. Kebetulan Muhyiddin Yassin umum peruntukan 180 juta untuk rakyat Gua Musang. Korang pergilah Galas. Dah 20 tahun PAS memerintah masalah setinggan tak juga selesai. Air paip macam teh ais.

Ramai penganalisis berpandangan Haji Hadi memang nak PAS kalah di Galas supaya ego Nik Aziz turun sikit. Tak lah ' beraja ' sangat. Aku jangka ini baru permulaan. Lepas ini kita akan dapat melihat penentangan terhadap Nik Aziz secara jelas. Kita tunggulah tengok.

2 comments:

udanggalah said...

Tuan..Aku pun keliru,pangkat dalam PAS ni mana yang lebih besar..Presiden ke Mursidul Am?

kingnek said...

memang dalam PAS sudah berpecah beberapa puak. Memang ramai tahu puak Hadi, Nasha, Haron Din, Azizan mahu berdamai dengan UMNO

Dan yang musuhi UMNO dari puak Nik Aziz, Husam Musa, Khalid Samad, Nizar dan lain2. tak mustahil PAS dan UMNO bersatu, kita nantikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...