Wednesday, October 27, 2010

KARPAL SAKIT. PERBICARAAN NUAR BRAHIM MELIWAT DITANGGUH

'' ADA BERANI KA, MARILAH "

BUKTI BAHAWA KITA TETAP HAMBA YANG LEMAH.

Sakit demam, ajal maut, jodoh pertemuan dan segalanya yang berlaku atas mukabumi ini adalah hak mutlak ALLAH jua walaupun kita diberi peluang melakukan usaha ikhtiar.

Hero manapun kita walau mengaku Singh Is King,namun sampai masa Karpal masuk juga ke hospital kerana sakit. Aku pun sama. Tok Guru Nik Aziz pun sama. Nuar Brahim dan Saiful pun sama. Bezanya seorang pemangsa manakala seorang lagi mangsa.

Cumanya aku nak mengajak korang membaca berita di bawah :

1. Kuala Lumpur - 28 Okt. Sebuah sekolah menengah di sini iaitu SM Teknik Cheras ditutup buat sementara waktu kerana PENGETUANYA DEMAM DAN DIMASUKKAN KE HOSPITAL.

2. Kuala Kangsar- 28 Okt. Balai Polis Daerah Kuala Kangsar akan menghentikan operasi selama kira kira seminggu kerana Ketua Polis Daerah dijangkiti demam campak. Balai polis akan dibuka semula pada satu masa yang akan ditentukan berdasarkan keadaan kesihatan Ketua Polis Daerah.

3. Kuala Terengganu- 28 Okt . Bilik Operasi Bomba Negeri telah ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan Pengarah Bomba Negeri mendapat rawatan lanjut di Hospital Kuala Terengganu. Sehubungan itu adalah diharapkan agar tiada sebarang kebakaran berlaku dalam tempoh tersebut.

Ketiga tiga berita di atas adalah keadaan yang berlaku jika kaedah yang digunapakai dalam pengendalian perbicaraan Nuar Brahim diikuti. Aku bukan nak hina mahkamah. Lagipun aku tak mahir undang undang.

Cuma aku dengar ada ' barisan peguambela ' yang terpilih membela Nuar Brahim. Apa maknanya? Tak kan sebegitu ramai peguambela hanya Karpal yang mampu menyoalbalas saksi ?Katalah doktor menyatakan Karpal tiada peluang pulih, bagaimana?

Aku rasa Majlis Peguam kena melihat benda ini. Rakyat dah bosan dengan penangguhan. Atau memang ada perancangan nak tangguh sampai Nuar Brahim jadi PM nanti ?

Mahkamahpun kena juga bertegas dengan peguam yang 'main main ni'. Atau nanti rakyat akan meragui wibawa mahkamah.

1 comment:

Anonymous said...

salam, majlis peguam mat pungkok belaka. abis diliwat dan kena liwat. asalkan yg menyebelahi pihak dia adil dan saksama. kalau boleh, hakim pun kena jadi ahli peguam, biar peguam main cabut lidi aje . sapa panjang dia menang kes.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...