Wednesday, December 1, 2010

PADAH BERKURUNG DALAM KUBU

" KUBU TEMPAT AHLI DAN PEMIMPIN PAS BERSEMBUNYI "


PIMPINAN PAS SENDIRI MUFLIS MAKLUMAT

Kerana menyangka PRU 13 semakin hampir maka pimpinan pembangkang berebut rebut mengeluarkan kenyataan. Matlamatnya tiada lain selain mendapatkan publisiti agar nama mereka naik menjadi calon.

Kadang kala kenyataan itu dengan sendirinya menjatuhkan martabat mereka. Terbaru, Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab mengeluarkan kenyataan yang benar benar memalukan.

Beliau mempertahankan tindakan ahli Pakatan bukan Islam memutar belitkan maksud Al Quran sambil menyeru para ulamak memberikan penerangan kepada rakyat.

Sofi barangkali hanya menjadikan Harakah sebagai rujukan sehingga terlepas banyak pandangan para ulamak.

Mufti Kelantan ( AKU ULANG- MUFTI KELANTAN ) Datuk Muhd Shukri Muhamed menegaskan bahawa " tidak salah sesiapapun mempelajari Al Quran, tetapi adalah satu kesalahan yang menghina jika ia digunakan secara salah dari segi tafsiran dan terjemahan."

Mufti Perak paling awal menyatakan pandangan Islam yang melarang penggunaan ayat Al Quran oleh orang bukan Islam apatah lagi apabila ia ditafsir mengikut 'kehendak' sendiri.

Datuk Nakhaie Ahmad ( Ulamak PAS yang sudah insaf ), berkata orang bukan Islam tidak boleh mentafsir al Quran kerana mereka cenderung untuk mentafsir mengikut kepentingan sendiri.

Itulah Sofi- Ketua Penerangan apa macam kau,patutlah ahli PAS buta hati, Ketua Penerangan duduk dalam kubu, dalam gua , sampai bila pun kau akan duduk di situ.

Bacalah akhbar, tapislah. Usah baca Harakah sahaja. Harakah ni dan jelas penipu.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...