Monday, December 20, 2010

PAKATAN BERTELAGAH

" KARPAL DIAPIT OLEH DUA ORANG PENYOKONG TEGARNYA "


BEREBUT TAK NAK LETAK CALON DI TENANG

Walaupun nama Mazlan Aliman telah diletakkan secara tidak rasmi di Tenang namun hakikatnya ia belum benar benar comform lagi.
Memang benar Mazlan diletakkan sebagai hukuman tetapi aku difahamkan pimpinan Pakatan tidak mencapai kata sepakat dalam perbincangan mereka semalam.

Pengalaman kalah di Galas dan Batu Sapi sebenarnya menakutkan dia orang. DAP menuduh PAS dan PKR gagal manakala PAS menuduh DAP sabotaj mereka di Galas.

Pakatan tahu dengan pasti mereka akan kalah di Tenang. Kalah bererti moral mereka akan merudum dan ini menjejaskan akan meruntuhkan moral mereka.

Yang amat mengelirukan mereka ialah mengapa setelah pelbagai fitnah dilemparkan UMNO/BN masih menang di PRK Galas dan Batu Sapi. Pada mata kasar kelihatan rakyat menyokong mereka, tetapi apabila mengundi, pengundi memberi undi kepada UMNO/BN.

Walau bagaimanapun kita tunggulah hari penamaan calon nanti. Kepada aku UMNO akan menang tetapi kemenangan jauh lebih besar akan menjadi perangsang kepada UMNO/BN seluruh negara untuk bekerja lebih kuat lagi.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...