Friday, December 24, 2010

AKU SOKONG TUAN IBRAHIM TUAN MAN

" ISLAM TAK SURUH SEMAK ORANG JE, DIRI SENDIRI PUN KENA SEMAK "



MAJLIS FATWA KENA SEMAK KENYATAAN KONTROVERSI

Inilah kali pertama aku sokong kenyataan pimpinan PAS. Ini je yang boleh dipakai itupun terikat dengan terma dan syarat.

Tuan Ibrahim keluar kenyataan ni sebagai sebahagian modal kempen PRK Tenang. Apa lagi kerja PAS selain kempen politik.

Tapi tak pelah. Aku memang setuju supaya Majlis Fatwa mula mainkan peranan lebih aktif demi menjaga kesucian Islam.

Semaklah kenyataan Mufti Perak. Kemudian umum hasil semakan.Jika Majlis Fatwa kata Harussani tidak melakukan khilaf maka Tuan Ibrahim kenalah mintak maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Mohon keampunan kepada ALLAH kerana menyebarkan fitnah yang melibatkan seorang Mufti yang bercakap kerana agama berbanding Tuan Ibrahim yang bercakap kerana politik.

Dalam masa yang sama mintak juga Majlis Fatwa menyemak kenyataan Nik Aziz yang akhir akhir ini bukan sahaja mengelirukan umat Islam tapi mengelirukan dirinya sendiri.

Kemudian mohon jasabaik Majlis Fatwa untuk wartakan hasil semakan.

Kemudian mari kita sama sama mohon keampunan ALLAH TA'ALA.


1 comment:

Unknown said...

Salam Bang ...

Mantap artikel tu! Minta zizn linkkan blog bersama kita disebelah sini. Wasalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...