Thursday, December 9, 2010

DATUK TAN YEE KHAN

" LAGENDA YANG TAHU MENGHARGAI "


LAGENDA YANG SENTIASA BERSYUKUR

Aku masih ingin bercerita tentang Pulau Pangkor. Pulau ini biasa je. Tapi kalau cerita nak rehat dengan keluarga datanglah ke Pangkor.
Kita akan dapat menikmati keindahan laut ciptaan ALLAH, ketenangan yang luar biasa.

Macam yang aku tulis semalam, Pangkor tidak berubah kerana anak Pangkor jadi MB. Tahniahlah. Dr Zambry benar benar sedar bahawa dia adalah Menteri Besar Perak, bukan Menteri Besar Pangkor.

Tapi kali ini aku nak menulis tentang lagenda badminton negara. Dia adalah pemilik Seaview Hotel & Holiday Resort tempat aku sekeluarga menginap.

Bercakap dengan dia ni, macam bercakap dengan orang kampung aku. Ramah dan mesra. Dia kata satu dunia jalan tak boleh dapat macam Malaysia.

Seronok. Melayu, Cina dan India sama saja. Dia kata ada orang Melayu datang resort dia tiap tiap tahun, bawak 20/30 orang. Macam family. Dia jalan serata dunia tapi sentiasa rasa nak cepat balik Malaysia.

" Kalau rajin mesti boleh cari makan ". Katanya.

Aku tanya dia " Orang cakap sekarang rakyat banyak susah, ini goverment banyak pusing ".

Jawapan dia sepatutnya didengar oleh semua orang khasnya anak muda yang percaya kepada penipuan pembangkang.

Katanya " You tengok aa..ini hari tadak cuti pun Pangkor ada ramai orang mari, makan angin. Kalau susah ini pulau kosonglah.Ini parti politik aa..dia mau undi, dia tipu sana sini. Dia orang pun wang banyak , mana ada susah. Sini Malaysia aa..kalau kita rajin tak boleh susah punya. Lain negara saya tak tau la..".

Akhir sekali dia tutup perbualan dengan kenyataan yang aku suka dengar " SAYA BETUI CAKAP PUNYA, INI NEGARA AAA..NO ONE LAH.. LAIN TEMPAT TAK BOLEH DAPAT OOO..."

Jadi aku nak cadangkan pemimpin pembangkang untuk sesekali jadi orang biasa. Bawak anak bini bejalan dalam negara. Tengok dan syukuri nikmat yang ALLAH limpahkan. Jangan kufur nikmat. Nanti ALLAH butakan mata hati.


1 comment:

zethro said...

Nice one!
Dah lebih 50 tahun Malaysia ni merdeka. Semua rakyat yg berbilang kaum dpt menikmati keindahan dan kemewahan yg dilimpahkan oleh Allah di atas bumi bertuah Malaysia ni bersama2. Cuma sesetengah pihak yg sentiasa dengki dan berasa tidak cukup akan cuba membuat onar dan persepsi negative terhadap negara ini supaya pihak mereka mendapat tempat yg tidak layak sebenarnya utk mereka duduki.

'Peace is more valuable than war'

PAS Pelacur Agama Islam!!!
PKR Pelacur Undang2 Negara!!!
DAP Pelacur Keamanan Negara!!!
Nik Aziz wajib bertaubat!!!
Anwar harus bertaubat!!!
Lim Kit Sial mesti ditaubatkan!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...