Thursday, December 16, 2010

APA PUNYA FUAD ZARKASHI

" APA NI YOB..? "


ORANG DAH NAK MATI KEBULUR, DIA BARU NAK SIASAT

Aku baca blog dankuala.blogspot. Benda benda macam ini memang mengganggu kehidupan aku pagi pagi lagi. Baru aku nak seronok Malaysia menang 2-0 malam tadi, tiba tiba baca berita malang yang sepatutnya tak berlaku di negara yang UMNO/BN kuasai.

Macamana Fuad Zarkashi boleh kata Kementerian tak tau ribuan pekerja kena pecat ? Tak sambung kontrak dengan pecat samalah.
Korang tak fikir ke, bila malam orang tengok TV, Najib kata kerajaan berusaha nak jaga rakyat, nak rasa derita rakyat.

Korang tak fikir ke apa mangsa pemecatan ini akan kata? "Alah..Najib, cakap je. Kita yang tua bangka ni kena buang kerja".

Kalau kata nak siasat, nak siasat apanya bila surat penamatan nak keluar ? Apa nak dirasionalkan ? Ini soal makan minum. Ini soal hidup mati .

Aku sendiri nak dengar semalam di Perak riuh rendah. Aku yakin lebih 2000 orang kena pecat.

2000 orang ni campur anak bini, sedara mara, jiran tetangga, habislah UMNO/BN.

Atau mungkin Fuad ni memang nak UMNO/BN tumbang, aku tak taulah.

Cubalah berfikir, ini bukan saja soal politik. Ini persoalan manusia dan kemanusiaan. Macamana rakyat teraniaya ini nak hidup selepas ini.

JANGAN NANTI DAH TERANTUK BARU NAK TERNGADAH!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...