Thursday, December 23, 2010

LAGI MESEJ UNTUK HJ ZAINUDDIN-ADUN LUBUK MERBAU

" MANA JANJIMU? "


TABUR JANJI BARU, MANA JANJI LAMA

Aku tukang sampai. Selepas heboh janji 100 hari Pakatan, rakyat Lubuk Merbau khasnya pimpinan dan ahli PAS sendiri sedang menagih janji yang ditabur oleh Hj Zainuddin semasa kempen
PRU 12.

Jika janji ini tidak dipenuhi menjelang PRU 13, diyakini aktivis PAS tidak akan bekerja membantu jentera pilihanraya pada PRU 13. Menurut mereka untuk Padang Rengas khasnya DUN Lubuk Merbau nasib Pakatan hanya bergantung kepada jentera PAS.

DAP dan PKR hakikatnya tidak pernah wujud sama sekali. Antara yang mereka tuntut ialah :-

1. Sebuah bank di Pekan Padang Rengas

2. Pemberhentian Operasi Kilang Simen

3. Sistem perparitan baru untuk seluruh Lubuk Merbau

4. Pemberhentian Operasi Kilang Kayu Kuala Dal

5. Tempat parking lori bagi penduduk sekitar Perumahan Awam
dan Taman Permai

6. Sumbangan RM1000.00 untuk anak pengundi yang dapat buat
ijazah dan RM 500.00 untuk diploma

7. Bantuan sara hidup RM300.00 untuk warga emas

8. Bantuan RM 500.00 untuk setiap kematian pengundi/
tanggungan di DUN Lubuk Merbau

9. Sumbangan RM 500.00 untuk perkahwinan anak/pengundi

10. Seekor lembu setiap kampung pada setiap kali
Hari Raya Korban

Aku kata kat dia orang, permintaan ini agak melampau. Tapi dia orang kata ini bukan permintaan tetapi janji YB Zainuddin sendiri khusus untuk orang Lubuk Merbau.

" Inilah janji yang menyebabkan kami kerja setengah mati untuk dia pada tahun 2008 ", kata salah seorang daripada mereka.

Aku tak nak komen apalah, tapi Hj Zainuddin kena jawablah perkara ini.

5 comments:

JayBosS said...

Huaaaaaa! huawaa! nangis kejap.
kalau macam ni,
bukan jual kebun je pada trilionaire
takkan nak jual b.. kat bang nuar
huaaaa!!! aku jual....
temberang jer!!!
yang korang pangkah aku, buat per?

Penditakainsingkat said...

Itu janji Hj Zainudin Pas Lubok Merbau.

Pas Perak berjanji akan memabntu remaja yang tidak ada kerjaya tetapi berhasrat mendirikan rumahtangga. Pas akan beri bantuan kewangan kepada mereka untuk berkahwin. Tujuannya untuk mengelakkan maksiat.

Itulah janji Pas untuk memancing undi generasi muda.

Pas akan buat apa saja...janji apa sahaja..walaupun mereka tahu memungkiri janji itu bukan ajaran Islam.

Anonymous said...

dulu masa kawan aku jadi bos JPJ banyak kes lesen terbang. Banyak jugalah kawan aku buat duit dengarnya. Tak tahulah betul ke tak? mungkin YB ni kena belajar dengan kawan aku tu macam mana nak buat duit terbang

Anonymous said...

janji sblum dpt..dah dpt laen pulak..haprak!!!

Anonymous said...

Jangan fitnah yb. Ini yb yang terbaik yg pernah kita ada sejak merdeka. Saya harap kilang simen terus beroperasi di tanah moyang kami. Saya minta yb mohon dana dari kilang simen,iaitu bernard george,untuk membantu yb tolong orang kampung.Semoga ALLAH memanjangkan umur YB. Hidup Pak Din.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...