Sunday, December 5, 2010

CADANGAN GERAKAN MUNASABAH

PERINGATAN BUAT LIM SI PIN , HIDUP TAK SEMUDAH OPERA


BUBAR PARTI KAUM DAN SISTEM PENDIDIKAN PELBAGAI.

Pandangan dua orang tokoh Parti Gerakan ini aku anggap berani. Secara perbandingan aku anggap Gerakan ni macam orang tengah berperang, kemudian dia kena tembak dan tinggal nyawa nyawa ikan. Masa dah nak mati sangat nilah dia bagi cadangan macam macam kepada pasukannya yang sebenarnya akan membantu menewaskan pasukan sendiri.

Gerakan adalah di antara parti politik paling lemah dalam komponen BN. Dia hidup atas semangat BN semata mata. Kalau dia bersendirian, aku yakin lama dah Gerakan ni tak bergerak.

Semalam Chan Kou Youn dan Lim Si Pin menyarankan agar BN bubar dan tubuhkan hanya satu parti sahaja. Aku sebenarnya menyokong pendekatan ini kerana dengan cara ini kita boleh tolong Gerakan dan MCA agar terus bernyawa .

Mereka, yakni tokoh tokoh mereka akan terus dapat ' kerusi' walaupun mereka memang tidak berbuat apa apa untuk meyakinkan masyarakat Cina kepada BN.

Walau bagaimanapun aku nampak ada cara lain yang lambat sikit tapi lebih berkesan dan tulen. KITA BUBARKAN SEKOLAH CINA DAN TAMIL. KITA ADAKAN SATU SISTEM SAHAJA. SEMUA ANAK KITA BELAJAR DI SEKOLAH YANG SAMA, DAPAT KEMUDAHAN YANG SAMA.

CARA INI AKAN MEMBOLEHKAN ANAK ANAK KITA BERSAMA SEJAK MEREKA KECIL. BERBANDING DENGAN ORANG DEWASA, ANAK ANAK LEBIH TULUS DAN IKHLAS.

BAGAIMANA PENDAPAT GERAKAN ? KALAU INI DAPAT DIBUAT AKU PERCAYA DALAM MASA 10/15 TAHUN KITA TIDAK LAGI DIHAMBAT PREJUDIS PERKAUMAN.

KESIMPULANNYA, WALAUPUN GERAKAN SEPATUTNYA MALU BERCAKAP DALAM KEADAAN TIADA UPAYA, KITA DENGARLAH JUGAK. CUMA JANGAN HANYA MINTAK ORANG LAIN BERKORBAN SEDANG DIRI SENDIRI TETAP BERKUBU.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...