Sunday, December 12, 2010

PAS HANYA PENCACAI PENYUSUN KERUSI

" PEMUDA PAS DISERU BERJIHAD MENYUSUN KERUSI MEJA DAN PENTAS SEMASA KONVENSYEN DAP MINGGU DEPAN "



APAPUN JAWATAN DALAM JK KONVENSYEN,
PAS SEBENARNYA HANYA BURUH KASAR.

Minggu depan Konvensyen Pakatan akan diadakan. Semalam mesyuarat khas dibuat sebagai persiapan konvensyen tersebut.

Sebagai Ketua Pembangkang Nuar Brahim telah mengepalai Pakatan dalam sidang media. Mengapa Nuar ?

Sebab Nuar mempunyai kepakaran bercakap yang bunyinya sedap tapi maknanya tak de. Contohnya apabila wartawan bertanya,
adakah persoalan berkaitan Negara Islam akan dibincangkan ?

Jawapannya sedap sangat " Kami telah mencapai persetujuan agar perkara yang dipersetujui sahaja dipersepakati ".

Maknanya mudah je. Dia sepatutnya jawab " TIDAK ".

Kemudian sebagai tanda ' bodohnya PAS ', Nuar Brahim menegaskan, " Dalam mesyuarat tadi Hadi ada, Mustafa Ali pun ada".

Memang benar, Haji Hadi memang duduk sebelah Nuar. Kit Siang pun ada. Kesian, Haji Hadi nampak macam patung bernyawa.

Jadi kepada pimpinan dan ahli PAS, tak usahlah bergaya sangat masa nak hadir konvensyen tu. Pakai track dan baju pagoda je. Sebab korang nanti nak kena susun kerusi meja, pasang khemah.
Dalam lain perkataan korang kena siapkan tempat untuk DAP berkonvensyen. Tahniahlah..itu je tahap korang dalam Pakatan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...