Saturday, December 11, 2010

JUMAAT YANG MENDIDIK

Gambar hiasan



KITA SEBENARNYA AMAT KECIL DI SISI ALLAH

Hari ini aku berjumaat di kampung laman aku sekali lagi. Entah macamana aku jadi agak sentimental sikit. Rasa agak sayu bila aku perhatikan begitu ramai orang lama dah takda.

Orang yang dulu gagah, hari ini aku tengok dah sembahyang atas kerusi. Kaki dah tak boleh nak bengkok, jem.

Imam dan bilal masa aku kecil kecil dulu hampir semua dah pergi mengadap Tuhan. Yang masih hidup kini jadi makmum, barangkali dah tak boleh jadi imam.

Kanak kanak yang sibok bermain semasa aku remaja dah muda belia sekarang. Bermisai, berjanggut.

Hidup adalah proses yang berterusan silih berganti. Segalanya. Itu yang kemudiannya menjadikan aku hairan. Mengapa Nik Aziz tak dapat terima fitrah ' tua dan uzurnya'.

Orang yang sentiasa bercakap tentang hukum ALLAH, tidak dapat menerima HUKUM TUA DAN UZUR YANG ALLAH TIMPAKAN KEPADANYA.

Aku menjadi bimbang kalau kalau Nik Aziz cuba melawan TAKDIR.TELAH DITAKDIRKAN BAHAWA SELEPAS MUDA- TUA, SELEPAS SIHAT- SAKIT. INILAH TAKDIR. USAH DITOLAK TAKDIR NANTI DERHAKA PULA KITA KEPADA ALLAH.

Hakikat yang amat aku rasai hari ini ialah, kita hamba ALLAH ini tiada apa apa selain apa yang ALLAH anugerahkan kepada kita.

Selagi ada nyawa mari kita bersama berjuang menegakkan apa yang ALLAH perintahkan, sama seperti yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Mahathir dan kini diteruskan oleh DS Najib.

Mari kita berdoa agar kita tidak sama sama tersesat seperti saudara kita di dalam PAS dan PKR. Mudah mudahan ALLAH berikan mereka hidayah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...