Saturday, December 4, 2010

NIZAR SEBENARNYA PENYOKONG TEGAR UMNO/BN


" LAKONAN NIZAR AMAT MENJADI SBG TOKOH PAKATAN "


IDENTITI TERDEDAH DI SIDANG DUN

Aku lama dah syak. Banyak perbuatan dan kenyataan merosakkan imej Pakatan. Bahasa badan, perkataan yang digunakan memang menyebabkan orang jadi ' GETIK ', bukan pada Nizar je tapi kepada Pakatan seluruhnya.

Tapi memang logik pun. Nizar lahir dari keluarga miskin. Tapi adik beradik dia semua berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. Memegang jawatan penting dalam kerajaan. Semuanya kerana kemudahan dan bantuan yang kerajaan UMNO/BN adakan.

Kalau harap pendapatan keluarga, pakai tidaklah... Aku rasa inilah faktor yang menyebabkan Nizar setia dengan UMNO/BN walaupun batang tubuhnya berada dalam Pakatan DAP,PAS dan PKR.

Sidang DUN Perak yang berakhir semalam menjadi bukti.

1. Kelakuan Nizar membuatkan rakyat Perak menyampah kepadanya dan Pakatan Pembangkang

2. Isu yang Nizar timbulkan memang ' bola tanggung '. Memang dia bagi ruang untuk Dr Zambry menjelaskan sejelas jelasnya kepada rakyat.

a. Isu tanah di Pangkor. Ini memang isu negeri tetapi Zambry tak ada peluang bagi penjelasan hinggalah semalam bila Nizar buka laluan kepada Dr Zambry.

b. Kajian Dr Fadzilah Kamsah mengenai remaja tidak sembahyang. Isu ini tak perlu dijawab kerana semua orang tahu inilah yang kerajaan UMNO/BN pulun selama ini. Buka sekolah agama rakyat, tambah elaun guru KAFA, wujudkan kelas Al Quran, wajibkan kem Solat di semua sekolah rendah dan banyak lagi

Dari sudut ini, tiada kerajaan lain dalam dunia ini telah berjaya merancang dan melaksanakan program sehebat Malaysia. Negara lain datang belajar dengan kita.

Dalam masa yang sama aku yakin, Nizar nak bagitau rakyat bahawa PAS yang hari hari bercakap tentang Islam langsung tak berbuat apa apa selain beretorik.

Jadi kesimpulannya, sidang DUN Perak kali ini menyaksikan betapa tingginya kasih sayang Nizar kepada UMNO/BN.

Tahniah Nizar.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...