Wednesday, December 22, 2010

AMARAN KERAS KEPADA AHMAD MASLAN!!!

" JAUHILAH MAZLAN ALIMAN UNTUK DAPATKAN KEREDHAAN ALLAH "


JANGAN SAMBUT CABARAN MAZLAN ALIMAN

Media pro komunis, Harakahdaily hari ini menyiarkan sekali lagi cabaran debat oleh Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK DERHAKA kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia Ahmad Maslan. Dengan sepenuh jiwa raga aku memberi amaran kepada Ahmad Maslan agar tidak menyambut cabaran tersebut atas beberapa asas.

1. Telah jelas bahawa Mazlan Aliman adalah agen yang ditugaskan oleh DAP Pendukung komunisme, agar meruntuhkan dengan apa cara juapun reputasi dan nama baik FELDA yang selama ini amat dicemburui oleh Yahudi dan Lee Kuan Yew yang tidak menyangka kerajaan Melayu Islam mampu merencana dan menjayakan sesuatu sehebat FELDA.

2. Telah jelas bahawa Mazlan Aliman adalah kader PAS yang terbukti menghalalkan apa jua perkara yang menguntungkan mereka termasuk menjual maruah dan martabat Islam yang selama ini Kerajaan Melayu Islam pertahankan.

3. Telah jelas bahawa secara peribadi Mazlan Aliman telah membuang seluruh keluarganya yang tidak bersetuju terhadap penderhakaan yang dilakukannya akibat terpengaruh dengan dakyah dan doktrin pihak yang bersekongkol untuk menghancurkan sebuah Kerajaan Melayu Islam yang diiktiraf dunia.

Kepada Ahmad Maslan, Mazlan Aliman telah hilang perkiraan DOSA PAHALANYA KERANA TELAH DIPROGRAMKAN. MENJAUHINYA ADALAH IBADAH. MENJAUHINYA ADALAH SEUMPAMA MENJAUHI PENGGANAS KOMUNIS YANG MEMUSUHI KERAJAAN MELAYU ISLAM YANG BERDAULAT.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...