Monday, December 20, 2010

KEMALANGAN MAUT

" SESIAPAPUN TIDAK SANGGUP MENGHADAPI KEHILANGAN "



PIHAK PENGUATKUASA PERLU BUAT SEMAKAN

Aku percaya ajal maut, jodoh pertemuan adalah kehendak dan takdir ALLAH. Tapi ALLAH rahsiakan takdirnya agar kita manusia berusaha sebaik mungkin mencapai apa jua yang kita impikan.

Sebab itu sedaya upaya usaha ikhtiar mesti kita buat misalnya dalam mencegah kemalangan. Aku bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan keluarga dan rakan rakan mangsa kemalangan.

Aku dapat bayangkan betapa sukarnya nak menerima kenyataan kehilangan orang yang kita kasihi.

Pagi tadi seperti yang diulas oleh sahabat sahabat 27 orang terkorban dalam kemalangan bas persiaran. Hanya 7 orang selamat tapi ada yang parah.

Aku nak bagi pandangan akulah. Aku rasa pihak JPJ atau Polis tidak cukup penguatkuasaan terhadap bas persiaran dan bas ekspress ni. Pernah korang tengok bas di tahan di lebuh raya kerana laju ?

Tak pernah. Pada hal bas bas tadi kebanyakannya memotong kereta yang kena tahan. Maknanya bas bas ini semuanya, SEMUANYA melepasi had laju yang ditetapkan.

Tapi MEREKA TERLEPAS ? KENAPA? INILAH PERSOALAN YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN AKU.

AKU TAK NAMPAK CARA LAIN. PENGUATKUASAAN MESTI DILAKUKAN SECARA SERIUS DAN BERTERUSAN.

INI TIDAK. BILA DAH BERLAKU KEMALANGAN, KELAM KABUT KELUAR KENYATAAN, SALAH ITU INI. DIRI SENDIRI TIDAK JUGA BERUBAH.

CUBALAH. LAJU SAMAN, GANTUNG LESEN DAN PERMIT. AKU RASA KALAU SERIUS TINDAKAN DIBUAT, INSYAALLAH KEADAAN AKAN DAPAT DIPERBAIKI.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...