Monday, December 6, 2010

KHIR TOYO DITANGKAP DAN DIDAKWA

" KEBALKAH NIK AZIZ ?"


BUKTI KETULUSAN KERAJAAN

Dalam masa Selangor sedang diperintah Pakatan, BN tidak boleh kehilangan seorangpun tokoh. Tetapi Khir Toyo Bekas Menteri Besar telah ditahan SPRM dan pertuduhan akan disebut.

Tanpa percubaan untuk mencampuri undang undang aku ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana dengan jelas tidak mencampuri urusan penguatkuasaan.

Dengan sendirinya tuduhan bahawa agensi penguatkuasaan 'anjing kerajaan, robot dan sebagainya adalah tidak benar dan merupakan fitnah yang amat jahat'.

Aku juga kagum dengan ahli UMNO. Tidak emosi, tidak bertindak di luar batas undang undang. Bayangkan jika yang ditahan ialah pemimpin PAS atau DAP, aku yakin gegak gempita jadinya satu negara.

Cuma sebagai rakyat, aku jadi keliru mengapa SPRM berdiam diri apabila ada laporan dibuat terhadap Nik Aziz. Adakah SPRM sendiri membenarkan diri dipengaruhi emosi atau kecenderungan.

Sekurang kurangnya SPRM perlu mengumumkan apakah hasil siasatan atau aku bimbang akhirnya SPRM akan dilihat melakukan PENDAKWAAN TERPILIH.

Aku yakin kebenaran akhirnya akan timbul dan terserlah melainkan ada orang sengaja mahu kebenaran itu tenggelam dan tersembunyi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...